Tips dan Suplemen Untuk Anda Yang Nak Stay Up Malam

Tips dan Suplemen Untuk Anda Yang Nak Stay Up Malam



Nak stay up tapi ngantuk? Itu la cabarannya untuk sesiapa yang perlu stay up malam. Lagi satu cabaran, kalau pun tak mengantuk masa stay up..esoknya pulak lesu sebab tak cukup tidur. Sedangkan esok perlu dilalui seperti hari-hari biasa. Dah ada baby kecik ni macam dah setiap hari pulak stay up. Sebabnya, masa dia dah tidurlah baru emaknya ada masa nak mengadap laptop. Siang dah buat kerja-kerja hakiki. Malam je la tinggal masa nak buat kerja part time. Kadang-kadang kerja hakiki pun kena bawak sampai ke malam.

Sebenarnya stay up malam ni sebaiknya dielakkan jika tiada sebarang keperluan, atau boleh diganti pada waktu-waktu yang lain. Sebabnya? Lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Antaranya ialah mengurangkan daya fokus dan kognitif kita sendiri. Apapun, bergelar pelajar, bekerja secara online, tak lupa juga blogger tegar memang tak dapat elak berjaga malam ni. Cuma janganlah dijadikan amalan. 

Ada orang memang suka stay up malam, maksudnya tak tidur langsung sampai la awal pagi atau terus sampai pagi. Ada juga yang lebih suka tidur dulu dan kemudian bangun awal-awal pagi sekitar pukul 3 dan tak tidur semula. Dulu-dulu masa zaman degree saya suka stay up sampai 3-4 pagi macam tu, especially time exam la..study last minute la katakan. Tapi bila dah beransur dewasa, dah ada keluarga, ada anak, saya prefer tidur dulu sekitar pukul 9 atau 10 malam dan bangun balik pukul 3 atau 4 pagi. Sebabnya, badan dah penat seharian kalau paksa pun stay up otak dah tak boleh absorb dan cerna segala info yang nak study tu. Menurut pakar tidur, Dr. Sara C. Mednick waktu tidur yang paling baik ialah 1-3 pagi atau 1-3 petang. Waktu inilah tidur kita paling nyenyak dan berkualiti agaknya.

Tips Untuk Stay Up Malam


1- Dapatkan ekstra tidur atau rehat sebelum stay up. Misalnya kita tahu akan berjaga malam menjelang exam, sehari dua sebelum tu janganlah berjaga malam juga. Dapatkan 'afternoon nap' juga sangat membantu. Sebab tu lah dalam Islam disunatkan tidur Qailulah agar kita mudah bangun solat malam.

2- Makan makanan seimbang dan berkhasiat pada siang hari. Sebelum malam yang kita perlu berjaga tu, pada waktu siangnya eloklah kita makan makanan yang berkhasiat supaya badan kita segar dan sihat.

3- Sediakan makanan ringan untuk dimakan sewaktu stay up. Perasan tak, kalau berjaga malam ni kita mudah lapar. Boleh makan, jangan biarkan perut lapar nanti kita susah nak fokus pada kerja. Cuma perlu diingat, bukan semua makanan boleh kita ambil waktu ini. Silap makan, tambah-tambah mengantuk jadinya. Elakkan makanan tinggi gula dan juga tinggi karbohidrat. Sebaliknya ambil makanan tinggi protein dan serat seperti telur tebus, kekacang, buah-buahan seperti epal, oren dan pisang. Minuman protein shake juga merupakan pilihan yang baik. Saya tentulah pilih ESP Shaklee. 

4- Rangsangan atau gerakan badan membantu kita kekal segar dna tidak mengantuk. Antara gerakan atau rangsangan yang boleh dilakukan ialah stretching bahu, leher dan pinggang, pastikan kaki mencecah lantai (atau alas dengan kotak), cubit pipi, gigit lidah perlahan, tarik cuping telinga, buat senaman ringan macam squat atau lompat bintang. Berjalan dan berdiri secara berkala juga sangat membantu mengelakkan mengantuk dan hilang fokus.

5- Rangsangan minda. Sekiranta boleh, tukar-tukar aktiviti yang kita buat. Contohnya sejam baca, sejam hafal, sejam lagi tulis atau yang berkenaan.
Setelah kenal Shaklee, saya dah ada pembantu bila nak stay up. Kadang-kadang terpaksa juga stay up bila dah sampai deadline kan. Kalau tidur dulu risau terbabas sampai Subuh..kan melopong. Pembantu yang saya maksudkan tu ialah SUPLEMEN SHAKLEE:

Suplemen Yang Membantu Anda Stay Up Malam


1- Cinch Energy Tea Mix



Kombinasi teh yang hebat ini walaupun pada asalnya disediakan untuk membantu proses menurunkan berat badan dengan cara meningkatkan metabolisme, namun ternyata fungsinya sesuai dengan namanya. Teh yang menggalakkan tenaga segera, dan ia diakui ramai termasuklah dua orang sahabat saya peminum tegar Cinch Tea ini. Apa kata mereka?



Dulu tak kenal Shaklee lagi, bila nak stay up je saya pun beli minuman kacip fatimah atau tongkat ali. hahaha. Padahal minuman dalam tin kan tinggi gula. Saya alah pada kafein (dalam kopi dan nescafe), jadi tak dapatlah nak minum kopi-kopi ni. Kalau minum juga, bukannya stay up..collapse terus.

2- Performance Drink

Minuman tenaga ini sememangnya tidak mengecewakan. Bukan sahaja untuk atlet tetapi juga bagi sesiapa saja yang mahukan tenaga segera. Sesiapa yang nak stay up, badan kena fit dan segar supaya otak pun dapat bekerja dengan sepenuhnya. Antara perkara yang penting bagi memastikan badan sentiasa segar ialah air yang mencukupi. Kadang kala kita rasa kita sudah minum secukupnya, tetapi badan kita masih kekurangan air. Performance Drink Shaklee bukan sahaja mengawal bendalir dalam badan, malah membuatkan kita bertenaga dengan segera. Saya sendiri sememangnya penggemar PD, kalau rasa lemah atau badan lain macam je, cepat-cepat minum PD. Dalam 10-15 minit dah boleh rasa kesannya. Daripada tak larat dan tak bermaya, jadi bertenaga buat kerja. Bulan puasa pun macam tu, kalau berbuka dengan PD badan rasa segar berbeza dengan air lain walaupun minum banyak tetap rasa letih. So, minumlah PD sebelum, semasa stay up dan keesokan harinya.

3- ESP Soy Protein Isolate Powder


Minuman shake yang tinggi protein dan juga mengenyangkan. Rasa vanilla yang boleh disuaipadan dengan lain-lain minuman merupakan pilihan yang mudah dan enak. Minum ESP ni in sha Allah kita tak rasa lapar dan mengidam makanan-makanan ringan. Nak sediakan pun mudah sangat, tuang ESP dan air dalam shaker dan kocak saja. Kalau suka boleh combine dengan minuman lain macam susu atau jus.



4- B-Complex


Terkenal sebagai vitamin penjana tenaga, ambil B-Complex setiap hari dan lebihkan dos pad ahari-hari kritikal misalnya hari yang kita perlu stay up. In sha Allah B-Complex bantu kita fokus dan bertenaga.


Bagaimana Untuk Kekal Segar Selepas Semalaman Stay Up


Ini satu hal lagi. Dulu..saya tercari-cari macam mana nak elak rasa lesu kalau tak cukup tidur. Serius masa tu rasa perlu sangat apa-apa bantuan macam minuman ke apa. Sekarang alhamdulillah Shaklee banyak membantu.

1- Take a nap. Lepas dah bersengkang mata, tidurlah sekejap sebelum memulakan rutin harian seperti biasa. Tidur sekejap tu..lama mana? Menurut sleep expert, tempoh nap yang paling sesuai untuk menyegarkan badan daripada keletihan berjaga sepanjang malam ialah 10-20 minit, dan pastikan jangan lebih daripada 30 minit, Kalau lebih, kita dah tidur melebihi satu cycle dan akibatnya.....kita akan rasa bertambah lesu, malah mungkin rasa melayang, pening dan sakit kepala. Jaga-jaga ye..pastikan set alarm dan jangan sambung tidur lepas alarm berbunyi.

2- Kafein. Ini lagi satu trick. Ambil kafein secara sederhana dan tidur selama 30 minit.

3- Buka lampu atau keluar di bawah cahaya matahari. Kalau bekerja di bawah lampu, lampu biru sangat membantu kita alert dna tidak mengantuk.

4- Hidrat. Minum air secukupnya. Mandi. Cara saya, tentunya minum PD.

5-Buat senaman ringan supaya aliran darah lancar. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah brisk walk.

6- Elakkan multitasking selepas berjaga malam. Ini kerana, selepas berjaga dalam tempoh yang panjang, kapasiti memori kita akan menurun sebanyak 38%.


Perhatian!

Ganti hutang tidur anda selepas tugasan / urusan anda selesai. Jangan biarkan badan lesu dalam tempoh yang terlalu lama. Tidur ganti ini sebaiknya selama 9-10 jam.



Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

2 comments:

Unknown said...

selalu lepas stay up mesti lesu je rasa. mata lebam, kadang ada yg senang selsema kan. patut try tips yg bawah tue. bagus sangat

Min Aina Ila Aina said...

yg keluar bawah matahari tu saya dah cuba, memang berkesan. jalan pulak sampai berpeluh sikit. tak tidur 22 jam, tidur 2 jam je, kemudian bangun masih segar, lepas 12 jam semula baru rasa ngantuk.