Tips Cegah Lingkaran Hitam Bawah Mata

Tips Cegah Lingkaran Hitam Bawah Mata


Kareen Kapoor tanpa solekan

Pernah tengok Kareena Kapoor dalam filem? Nampak cantik, aktif dan bertenagakan? Tapi hakikatnya...lihat saja gambar di atas. Seri dan kecantikan itu seakan hilang hanya KERANA MATA. Maka benarlah seni kata lagu Dari Kerana Mata dendangan R.Azmi tu kan... 

"dari kerana mata yang mempunyai kuasa
oh aku tergoda
aku tergoda terkeciwa"

Ehem..eh menyanyi pulak dah.

Kulit di sekitar mata adalah paling sensitif jika dibandingkan dengan bahagian tubuh yang lain. Kulit di sekitar bawah mata adalah pengukur utama kesan penuaan keran jika mata tidak sihat pasti jelas kelihatan lingkaran hitam dan kedutan halus di situ terlebih dahulu.

Tubuh Lesu Akibatkan Lingkaran Hitam

Tubuh yang terlalu letih dan lesu akan turut memberikan kesan pada kulit mata anda. Hal ini berlaku kerana aliran darah tidak berlaku dengan sempurna. Apabila darah tersekatn atau statik pada pembuluh darah, secara automatik sel-sel darah akan bermigrasi kepada sambungan tisu yang lain lalu menimbulkan rona kulit yang kebiruan seakan lebam atau kehitaman.

Muncul Kedutan Halus Atau Garis Kepenatan Pada Kelopak Mata

Wanita muda juga boleh memiliki kedutan halus sekitar kulit mata meskipun di usia awal 20-an. Ini adalah kesan paling jelas jika kurang peka pada penjagaan kulit sekitar mata. Kulit sekitar kontur mata terlalu nipis. Ketebalan kulit pada wajah adalah di antara 1 hingga 1.6 mm manakala ketebalan kulit pada daerah mata pula hanyalah 0.3mm sahaja. Bukan itu sahaja, lapisan 'hydrolipidic' pada daerah mata juga tidak menampung banyak lipid atau lembapan. Apabila usia meningkat, sintesis kolagen berkurangan dan ini mengakibatkan kedutan itu bertambah jelas kelihatan.


Tips Cegah Lingkaran Hitam Bawah Mata

  • Lingkaran hitam bawah mata berkait rapat dengan kadar toksik dalam badan. Justeru, selalulah lakukan proses detoks dengan minum banyak air kosong, minum teh hijau, makan buah dan sayuran.
  • Lakukan urutan lembut pada mata. Caranya, ketukkan hujung jari pada kulit sekitar bawah mata dengan lembut. Ia akan membantu mempertingkatkan aliran darah di sekitar kawasan tersebut.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi agar mata dapat berehat dan badan juga lebih segar dan sihat.
  • Selalulah sapukan krim khas untuk mata. Jangan sangka menyapu krim pelembap sudah memadai. Mata memerlukan rawatan khusus dan lebih istimewa kerana pada mata anda tersimpan seribu rahsia personaliti anda.
Enfuselle Eye Treatment Shaklee membelai mata yang penat
  • Ambil karetenoid yang mampu membantu kesihatan mata dari dalam. Mata yang rabun, dan kemudian dipaksa bekerja dengan memakai cermin mata dalam tempoh waktu yang lama akan bertambah penat dan rosak. Carotomax Shaklee dapat membantu in sha Allah.
Testimoni Carotomax



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

0 comments: