Diet Pun Boleh Minum dan Makan Coklat

Diet Pun Boleh Minum dan Makan Coklat

Sya belum start diet lagi, cuma nak kongsi pengalaman masa buat diet Atkins dulu je. Nanti anak dah tak breastfeed bolehla difikirkan nak buat DA semula ke tidak.

Hari ni nak cerita tentang minuman alternatif untuk pengamal diet Atkins. Kesian kan, buat je Atkins asyik kena minum air masaaaaaak je boring jugak ye tak. Sebenarnya buat diet Atkins masih boleh menikmati minuman manis. Saya ni mujurlah jenis kurang manis (eh, muka manis tau)...kurang gemar dengan minuman dan makanan manis. Jadi saya takde masalah la kalau tak minum air manis pun. Dulu-dulu masa tak diet pun saya bancuh teh tak buh gula, milo pun sabit-sabit terasa manis udah. Susu saya suka perisa original, susu putih tu berbanding yang chocolate atau strawberry. Tapi, ada jugak masanya especially bila PMS tu mengidam jugak coklat, air coklat. Tambah pulak musim-musim hujan ni...sedapnya hot chocolate. So, dapatkan bahan-bahan seperti di bawah ye...

Serbuk Coklat Van Houten 1sudu teh (1.8gm carb)
Susu sejat 20gm (2.4gm carb)
Gula Equal 1 sachet (0.97gm carb, 0.82 sugar)

Mula-mula kena la ada serbuk coklatnya. Pure chocolate. Jenama Van Houten ni senang nak jumpa kat kedai runcit, mini market pun ade. Sape-sape yang boleh pergi mall besar tu leh juga cari pure choc jenama Hersyes dengarnya lagi sedap dan lagi rendah carb. Kemudian, nak ada rasa manis sikit letak la pemanis. Saya beli jenama equal ni je sebab senang nak cari, kat farmasi ada. Kalau nak guna stevia pun boleh, Splenda pun boleh. 

Kemudian, nak bagi lemak berkrim kena ada pengganti susu. Mula-mula cari whipping cream macam yang kat bawah ni tak jumpa. Saya pulak jarang ke supermarket, kat rumah ni ada mini market je. Sudahnya disebabkan teringin jugak nak minum hot chocolate, maka bedal je la susu sejat tu. Tak sempat pun nak banding-banding dengan jenama lain kot ada yang lagi rendah carb nye kan. Untuk yang tengah induction, elakkan la kot susu sejat ni sebab 2.4 gm untuk 20gm susu tu kira banyak gak tu. Elok la cari whipping cream, yang kat bawah ni saya beli kat kedai jual bahan-bahan buat kek. Tengok dalam peti ais dia, sekali dengan keju dan segala cream yang lain. Kalau ada jenama lain, boleh tengok carb nye tinggi ke tak. Oh ye, harga...harga boleh tahan gak la, maknanya kalau nak minum untuk anda sorang je la..kalau nak buat untuk satu rumah?? Hmmm..hehe. Coklat tu saya beli RM7.50, Equal RM9.90 untuk 50sachet, Whipping Cream RM 6.90 untuk kotak kecik dan RM16.90 untuk kotak 1L tu. Cream ni jugak boleh guna untuk gantikan santan, jadi kalau teringin nak makan masak lemak ke, kari ke boleh la guna. Dari segi rasanya, saya prefer susu sejat.hehe.

Whipping cream 15ml (less than 1gm carb)

Pada pandangan saya, kalau sesekali nak minum boleh la. Tapi kalau nak buat sarapan tiap-tiap hari, rasa macam rugi pulak carb tu banyak juga bila dah combined semua bahan. Yang keduanya macam kering sikit la poket kan.

Oh ye, tentang coklat pulak...Atkiners masih boleh makan coklat laaa..jangan risau. Haaa..bersusun coklat kat bawah ni. Pilih aje. Ini salah satu jenama dark chocolate yang kurang gula, kurang carb. Dark chocolate ni tinggi antioksidan tau. Coklat jenama Sugarless ni boleh dapat di Giant dan Cold Storage. Rasanya? Harganya? Saya pun belum pernah dapat beli lagi, kat Giant Bangi ni tak jumpa. Kot kat Bangi Gateway ada saya tak pasti, belum sempat pegi cari.


Info-info ni semua saya dapat daripada kumpulan Diet Atkins Malaysia. Credit to them.

8 comments:

edisi said...

nak diet asyik gagal jer...apa nak buat ....

Unknown said...

wow....! tak tau pun diet atkins boleh ambik coklat. bestnya diet cam gini.. susah tak nak buat diet atkins mai? macam mencabar je tengok..

puteri said...

Fasa 1 boleh ke mkn chocolates ats tu?

puteri said...

Fasa 1 boleh ke mkn chocolates ats tu?

Min Aina Ila Aina said...

Kalau 0 carb, boleh ambil masa induction:)

puteri said...

Thanks:)

Unknown said...

Santan segar dengan unsweetened cocco..halal atkins ke

Unknown said...

Santan segar dengan unsweetened cocco..halal atkins ke