Elakkan Makanan Segera Jika Sayang Rahim Anda

Elakkan Makanan Segera Jika Sayang Rahim Anda



Saya pernah terkesan dengan satu post facebook yang lalu-lalang di newsfeed. Sayangi rahim anda, rahim hanya ada satu sahaja. Saya juga follower fb Dr. Hamid Arshat, pakar sakit puan  / O&G yang terkenal di Malaysia. Melihat gambar-gambar yang beliau post di FB, memang menginsafkan. Serius ngeri.



Endometriosis
Adenomyosis
Fibroid
Cyst Ovari
PCOS

Inilah antara masalah berkaitan rahim atau peranakan wanita. Semuanya boleh membawa kepada satu masalah lain pula, iaitu infertilit atau ketidaksuburan. Cara Dr. Hamid menulis sangat santai, dan sangat jujur dengan identitinya yang menulis dengan ejaan cara orang lama. Beliau seorang pakar yang sangat berpengalaman. Jadi, ada baiknya kita ambil tahu peringatan yang beliau sampaikan. 

Kata Dr. Hamid, sudah semakin ramai wanita awal 30-an yang menderita penyakit berkaitan rahim. Tanda-tandanya ialah senggugut, sakit pinggang, sakit punggung, tidak subur, sembelit, perut buncit tetapi tidak mengandung. Apa yang selalu saya baca, nasihat dan pesanan beliau kepada para pembaca terutamanya wanita ialah:

- Jangan makan makanan segera
- Jaga pemakanan yang betul
- Makan banyak-banyak sayur
- Makan banyak-banyak buah
- Bersenam sehingga berpeluh, 30 minit sehari.
- Kawal stres
- Kawal berat badan
- Ambil suplemen dan vitamin

Makanan segera merupakan salah satu punca kepada masalah-masalah dalaman wanita. Tabiat suka makan makanan segera dan makanan yang diproses, gula, tepung dan minyakserta kurang pula makan makanan berkhasiat terutama sayur-sayuran dan buah-buahan menyebabkan wanita muda juga sudah pandai ada masalah peranakan.

Makanan segera ini jika diambil selalu akan menyebabkan hormon badan menjadi celaru dan tidak stabil. Lebihnya hormon estrogen dikatakan menjadi penyebab andometriosis. Makan makanan segera juga cenderung menyebabkan seseorang itu bertambah berat badan kepada berat yang tidak ideal. Lemak berlebihan dalam tubuh juga merangsang pengeluaran estrogen secara berlebihan. Penderita masalah peranakan biasanya sensitif kepada tepung yang diproses, gluten, gula, kafein, daging merah dan alkohol. 

Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Dalaman Wanita


Makanan yang baik untuk kesihatan dalaman wanita ialah makanan organik, namun dalam keadaan kita sekarang makanan organik adalah makanan yang sangat sukar diperolehi. Apa yang boleh dilakukan ialah mengelakkan makanan yang menjadi penyebab masalah kewanitaan dan juga makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran hijau, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, ikan, telur, makanan tinggi serat seperti oat, beras perang dan bijirin penuh. Makanan yang tinggi asid lemak omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita terutamanya melibatkan kesuburan.

Women who eat large quantities of omega-3 fatty acids are 22 percent less likely to be diagnosed with endometriosis—a common cause of infertility—than women who eat little or no omega-3s.


“Consuming each additional 1 percent of energy from omega-3 fatty acids”—say, from mackerel, flaxseed, or supplements—“rather than from saturated, monounsaturated or omega-6 polyunsaturated fats was associated with approximately a 50 percent lower risk of endometriosis,” write the authors of the Harvard-affiliated study that yielded this stat. Powerful anti-inflammatories, omega-3s “are probably the single most important fertility nutrient,” says Lauersen, adding that omega-3s “not only can help control emdometriosis symptoms, but can also reverse some of the fertility-related damage” that endometriosis causes.

Stacey Missmer, et al. “A Prospective Study of Dietary Fat Consumption and Endometriosis Risk.” Human Reproduction, 25 (6): 1528-1535.


Suplemen dan Vitamin Untuk Kesihatan Dalaman Wanita


Alfalfa - Tinggi serat, kaya dengan vitamin dan mineral serta tinggi phyrtoestrogen
B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E - mengawal pengeluaran estrogen dan mengurangkan kekejangan ketika haid.
GLA - minyak borage yang mengandungi Gamma Linolenik Asid menggalakkan keseimbangan hormon sekaligus membantu kesuburan.
Omega 3 - asid lemak omega 3 membantu mengawal kadar lemak tidak baik dalam darah, sangat baik untuk kesuburan.

Kesimpulannya, makanan segera itu sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan. Namun bagi wanita, ia lebih kritikal lagi kerana wanita tubuh wanita tidak seperti lelaki. Wanita ada rahim yang perlu dijaga sebaiknya, tempat di mana kasih sayang bermula. Buat para remaja, biasakan pengambilan makanan yang berkhasiat sejak usia muda adalah langkah terbaik untuk masa depan yang sihat.

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlin  VitaMoon  dan BabyKawaiiStore 

Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

5 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams jumaat mai,

kak mieja dtg membaca entry berguna utk kita kaum perempuan:)

nurrazali.blogspot.com said...

pentingnya pnjagaan luaran & dalaman wanita ni kena jg extra betul2..sayangi diri :)

Unknown said...

huhu... selama ni tak pernah terfikir pun nak jaga pemakanan. thank you for sharing mai!

Unknown said...

muda2 dulu memang xjaga sangat pemakanan. bila dh makin tua nie wajiblah paksa diri. kalau dh sakit, diri sendiri juga yg susha, kan?

Dila Aziz said...

memang sedap kan mknn segera ni...tapi keburukannya menakutkan hamba nak menjamah lagi....