Sakit Pinggang, Pinggul dan Punggung Semasa Mengandung

Sakit Pinggang, Pinggul dan Punggung Semasa Mengandung



Salam Jumaat buat semua pembaca MAIA.

Tujuan saya berblog dan juga berShaklee adalah untuk berkongsi, berkongsi pengalaman dan juga kalau ada tips-tips tertentu pun akan saya kongsikan. Supaya lebih ramai yang mendapat kebaikan dan kesihatan. Jadi hari ni nak kongsi pengalaman saya mengalami sakit pinggang, pinggul dan punggung semasa mengandung tempohari.

Dapat berita bahawa anda mengandung memang sangat mengujakan, excited kata orang putih. Tambah-tambah yang buat UPT sendiri, mesti tahu macam mana perasaan menunggu dua garisan itu muncul. Tapi, kegembiraan tu biasanya akan disulami dengan rasa-rasa yang lain, antaranya letih, lesu, sakit, tak selesa dan bermacam-macam lagi simptom ibu mengandung. Ada yang kurang mabuk-mabuk tapi sakit badan, ada yang kena alahan kulit, dan yang paling 'best' kalau dapat semua satu pakej.hehehe.

Mengandung kali ni, saya rasa sedikit teruk berbanding anak sulung. Tak pastilah atas faktor apa, mungkin faktor umur juga. Dulu mengandung awal 20-an, kali ni dah menginjak 30. Salah satu simptom yang saya dapat kali ni ialah sakit pinggang / pinggul / punggung. Saya perasan rasa sakit ni sejak umur kandungan 3 bulan. Sakitnya di sebelah kanan je, kiri ok. Alhamdulillah lah sebelah je, kalau dua-dua..haru la jugakkan. Allah itu Maha Pengasih. 

Macam mana ye nak describe sakitnya tu...sakitnya macam lenguh tapi lenguh yang sangat kuat dan tertumpu kat satu tempat saja. Bila dah sakit, tak boleh gerak pun,kalau bergerak lagi la bertambah sakit. Saya perasan saya akan kena sakit ni bila sebelah siang / paginya saya banyak berjalan. Lepas tu sebelah petang / malam tu...bila dah duduk atau baring dan nak bangun semula..ya Allah..Tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya. Sampai merangkak-rangkak dan berpaut kat dindinglah usaha juga untuk bergerak dan berjalan. Serius memang sakit yang tak dapat dikawal. Biasanya kalau sakit saya akan bertenang dulu..tarik nafas, hembus..lepas tu barulah berjuang untuk bangun perlahan-lahan. Jangan sekali-kali bingkas bangun, maunya jatuh terjelepuk tau!

Saya tanya kakak saya, yang dah ada 4 orang anak...rupanya diapun dah merasa masa mengandung anak yang bongsu. Sampaikan nak angkat kaki masa ambil wudhu' sikit punya siksa. Saya tanya lagi, ada ubat tak. Katanya, "Ada, beranak!" Huhuhu. Saya ada juga sapu-sapu losyen halia kat tempat sakit tu, tapi macam tak berkesan je. Masa checkup antenatal, saya ajukan masalah ni pada nurse dan doktor. Doktor check, katanya saya takde masalah saraf atau otot, semua ok. Doktor cuma suruh bertahan sebab ini semua mungkin faktor hormon. Doktor suruh minum susu dan ambil pil kalsium. Saya tanya fisio pulak, dia suruh saya ambil kelas senaman khas untuk masalah tu sebab fisioterapi tak boleh dilakukan untuk ibu mengandung. Saya mintaklah rujukan daripada nurse untuk jumpa fisio, tapi nurse kata tak perlu. Hmmm..

Saya pun ikut je la saranan doktor, walaupun saya memang dah amalkan Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi Ostematrix dari awal mengandung lagi. Cumanya mungkin dos tak cukup. Jadi, saya up kan dos kepada 1000mg sehari dan amalkan secara konsisten. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...saya dapat rasa kelegaan yang ketara. Boleh dikatakan takde dah sakit yang terlampau tu, nak bangun daripada duduk atau baring pun dah laju..cuma faktor berat badan bertambah sajalah. Tu laa...makan suplemen ni kena konsisten. 

OSTEMATRIX (RETAIL PRICE): RM61

Nampak sangat badan ibu mengandung ni sangat-sangat perlukan bekalan kalsium yang mencukupi. Sebab apa? Sebab kalau tak cukup, kalsium yang ada pada tubuh ibu akan diserap oleh bayi dalam kandungan untuk tumbesarannya yang pesat dan ibulah yang akan hadapi kesan kekurangan kalsium tersebut. Sama ada kesan jangka pendek macam sakit-sakit badan, lenguh, sakit gigi dan sakit urat, ataupun kesan di kemudian hari iaitu sakit badan dan tulang rapuh. Nauzubillah.

Postur badan yang betul sewaktu mengandung berupaya mengurangkan kesakitan

Inilah rupanya Ostematrix (kalsium magnesium) Shaklee yang saya ambil tu. Apa yang bagusnya Ostematrix, selain sumber suplemen semulajadi yang mudah diserap oleh tubuh, Oste juga hadir dalam pecahan tablet dengan kandungan 250mg kalsium per tablet. Maka, mudahlah kita nak anggarkan keperluan kita. Misalnya saya dah minum segelas susu (bersamaan 250mg kalsium), jadi saya hanya perlu tambah 3 tablet Ostematrix sahaja lagi untuk keperluan 1000mg sehari. Tabletnya juga tak besar dan mudah ditelan. Saya biasa telan 2 biji sekaligus, laju je masuk.

Ostematrix Shaklee juga istimewa sebab bukan kalsium semata-mata tapi dilengkapi dengan magnesium, vitamin D dan zinc. Magnesium sangat penting diambil sekali dengan kalsium sebab kalau ambil kalsium sahaja, kita mudah sembelit. Tambah-tambah ibu mengandung memanglah lagi mudah sembelit, kena pulak ambil pil iron yang membuatkan buangan (tinja) pun jadi warna gelap kehitaman. In sha Allah ibu-ibu mengandung yang ambil Ostematrix tidak akan susah hati dengan masalah sembelit. Ambil Oste malam sebelum tidur, esok pagi automatik akan ke tandas tanpa rasa memulas. Rasa proses yang sangat natural.

Anda mengandung dan mengalami masalah yang sama? Jangan biarkan berbadan dua jadi punca pergerakan dan aktiviti kita terbatas. Cepat-cepat cari solusinya. Boleh dapatkan Ostematrix ni daripada saya, saya boleh pos ke seluruh Malaysia. In sha Allah stok sentiasa ada sebab saya dan suami memang amalkan Oste ni walaupun saya dah melahirkan anak. Masa menyusu ni pun kalsium sangat penting. Eh, tak mengandung tak menyusu pun tetap penting. 

Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

3 comments:

nurrazali.blogspot.com said...

kalsium shaklee bkn bntu atasi sakit pinggang malah melawaskan jugak :) ikhtiar dgn izin Allah..

Unknown said...

Postur badan sewaktu jalan,tidur,duduk semasa mengandung pun banyak mainkan peranan kan..salah sikit ja mesti sakit pinggang ;-)

Unknown said...

sakit pinggang masa period pun oste nie jugaklah `ubat`nya..hihi..