Saya tengok video ni dalam blog seorang kawan yang sedang belajar di Mansourah, Mesir.

Ada satu rancangan televisyen di tanah arab, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.

Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di akhir soalannya, dia akan bertanya:
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?

Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi. Dan dia menangis.



Bila saya tengok wanita ini tak dapat membendung tangisnya apabila diajukan soalan tersebut, saya rasa sayu, ada perasaan yang tak dapat digambarkan, tegak bulu roma. Betapa beliau mencintai baginda, dan masih mengamalkan sunnah baginda.

Kita bagaimana?

Nota: Saya tak faham semua apa yang dibicarakan, tapi mesejnya sampai.
Ini sekadar pandangan pertama saya selepas pergi temuduga Jumaat lepas. Kalau ada sesiapa yang berpengalaman jadi editor dan rasa kenyataan saya tu salah, tolong betulkan ye.

Temuduga tu, macam yang saya pernah cakap...saya akan tolak sekalipun diterima bekerja di situ. Pertama, masalah pengangkutan. Saya boleh gerak dari rumah dengan suami, kemudian naik tren. Tapi daripada tren nak ke syarikat tu, takde pengangkutan awam selain teksi. Kopaklah kalau nak naik teksi tiap-tiap hari, yang caj kita sampai dekat sepuluh ringgit sekali lalu. Belum pergi balik lagi tu. Nak jalan kaki, tak terdaya kot, agak jauh jugak.

Kedua, masalah waktu bekerja. Kat situ biasanya ada OT sampai pukul 6 atau 7.Hari Sabtu memang kena kerja separuh hari. Saya ni bukanlah memilih dan nak kerja senang je, tapi komitmen terhadap keluarga terutamanya anak buat saya rasa susah nak terima kerja ni. Anak saya sekarang pun dah duduk lama dengan pengasuh, dari 7pagi sampai 7malam. Anak sayalah yang paling lama dok situ berbanding kawan-kawannya yang lain. Ada yang anak cikgu, separuh hari je la. Kalau ibu bapa kerja lain pun, dihantar ikut waktu pejabat 8-5.Jadi saya rasa amat tak patutlah kalau saya ambik lebih lewat lagi. Hari Sabtu, pengasuh memang cuti, ye lah mereka pun ada keluarga sendiri. Kalau saya nak juga kerja hari Sabtu, maka anak saya kenalah pindah ke nursery. Itulah yang paling saya tak tahan, dan rasa tak sampai hati nak tukar-tukar pengasuh ni. Sofiy sekarang tengah takut kat orang sangat-sangat sampaikan kalau orang yang tak kenal tegur diapun dia melalak, inikan pulak tempat baru, orang baru. Ish, tak dapat nak bayangkan.Lagipun pengasuh sekarang ni dah sayang sangat kat dia, dan jaga dia dengan baik. Anak-anak pengasuh pun rajin melayan dia main, kesian dia kalau hilang kawan.

Ketiga, suasana bekerja. Inilah yang saya maksudkan bosan tu. Masa saya sampai kat syarikat tu, saya agak pelik sebenarnya sebab lampu depan tutup. Pintu kunci. Saya fikir belum habis waktu lunch kot, sebab hari Jumaat. Tapi dah tepat pukul3, tak ada seorang pun yang masuk, saya rasa tak munasabah la. Saya pergi lagi ke pintu, tengok-tengok ada loceng kat tepi. Saya tekan loceng, barulah ada orang keluar dan bukakan pintu. Oh...penjimatan elektrik. Saya pun bagitau tujuan saya datang dan nak jumpa siapa, saya disuruh naik ke tingkat 2. Masuk dalam pejabat aras tu, sunyi dan sepi. Eh, takde orang ke. Jenguk-jenguk..oh ramai je. Ada seorang amoi yang melayan saya, dia bagi saya borang untuk diisi. Kemudian, saya diminta jumpa ketua editor. Sembang-sembang macam biasalah, sesi temuduga. Dalam sembang-sembang tu barulah saya tahu kenapa pejabat tu sunyi sangat. Rupa-rupanya memang peraturan di situ macam tu. Tak dibenarkan berbual ke, bertanya kawan ke. Buat kerja masing-masing saja. Saya perhatikan lagi..hmm..atas meja masing-masing cuma ada manuskrip dan kertas-kertas. Tak ada komputer. Penyuntingan dibuat atas manuskrip saja, segala pembetulan pada softcopy akan dibuat di jabatan lain.Oooooo...(panjang O di sini..dalam kepala fikir habis takde internet la ni, pc pun takde.hahaha)

Saya diberi satu ujian bertulis. Masa buat ujian tu, saya disuruh duduk di salah sebuah meja bersama-sama editor yang lain. Konon-konon nak feel suasana kerja la. Saya cubalah senyum kat orang depan dan orang sebelah. Senyum saya tak berbalas pun. Yang amoi pun sama, yang si gadis Melayu pun sama. Muka masing-masing nampak tension bebenor. Ada yang garu-garu kepala, ada yang dok belek-belek jari..adeii...guwe tak tahanla kalau macam ni..mati kebosanan la jawabnya. Kot tak sempat confirm saya dah cabit lari.
Kenapa saya cakap begitu?

Sebab...saya rasa lega bila saya boleh memilih untuk menolak pekerjaan itu andai ditawarkan. Pelikkan? Orang berebut-rebut dan bersaing sesama sendiri nak dapat kerja, saya pulak belum ditawarkan dah terfikir untuk menolak tawaran.

Saya dipanggil temuduga esok. Jawatan editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku-buku sekolah, pemiliknya berbangsa Cina. Selepas dapat panggilan untuk hadir temuduga, saya mula tak senang duduk, kepala sarat dengan bermacam-macam kerisauan.Berbelah-bahagi, resah dan gelisah. Rasa berat hati. Ala..belum temuduga kenapa nak kecoh,kan? Macamlah dah tentu awak diterima. Ya, saya tau. Coursemate saya juga menjadi pesaing saya untuk jawatan tu. Dan dia ada pengalaman lebih daripada saya, malah dia tiada komitmen keluarga macam saya sebab dia single mingle lagi.Kalau hanya ada satu kekosongan, secara logiknya dia lebih layak...dan sebenarnya saya mendoakan dia yang diterima, bukan saya.Huh! Kalau taknak,kenapa mintak?

Masa mohon tu, saya rasa saya nak cepat dapat kerja, seiring dengan kawan-kawan yang lain. Saya risau kalau saya kehabisan duit poket nak buat belanja..hihi. Tapi bila dah dipanggil temuduga, saya rasa saya belum nak kerja lagi. Banyak lagi yang saya nak buat sebelum terikat dengan komitmen kerja, antaranya nak cuba resepi KNV, TTM, CIB yang ada BM baru, Hana di Jepang dan kawan-kawan lain.hehe. Saya nak qadha balik masa yang saya habiskan untuk buat tesis dulu, saya nak ajar Sofiy Alif Ba Ta, ABC, 123. Saya nak iron baju-baju suami sebab sejak kelahiran Sofiy abg sayang saya tu iron baju sendiri sampailah sekarang.Saya nak belajar memandu, ambik lesen. Patah kaki tau kalau semua harapkan suami je. Dan saya ada artikel yang belum siap ditulis(ni yg buat semakin serabut kepala otak).Aduhhhh.....

Akhirnya saya pun berbincang-bincang dengan suami, dan suami saya kata tak kisah kalau saya tak kerja lagi pun. Fuh...lega!!!Jadi esok saya akan pergi juga temuduga, untuk test market, eh, cari pengalaman.Ambik mood orang kata.hahaha.Lega rasanya hati nak pegi temuduga jawatan yang akan ditolak jika ditawarkan.(Tengok-tengok nanti ada yang terima pulak, haru!)

Novel Setenang Cahaya Hati: Salina Ibrahim

Maaf,gambar kaburNak buat review sikit tentang novel ni. Saya baru je khatam novel tulisan Salina Ibrahim ni. Macam biasa, novel daripada beliau adalah bersifat Islamik, dan novel ni memang pun di bawah novel Islamik.Saya suka bahasa penulis, terutama kata kerja yang digunakan adalah pelbagai. Pemilihan perkataan yang...

Menyayat Hati

Pagi tadi kawan saya datang dengan berita yang membuatkan dada saya rasa nak pecah. Ya, saya marah! Tak ada hati dan perasaan, lebih tepat lagi, zalim!Ini kisah lanjutan daripada cerita saya tentang kezaliman manusia dalam entri minggu lepas. Hari Jumaat, monyet yang terperangkap dah bertambah jadi empat ekor. Di luar...

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya agak terlewat mengetuk keyboard untuk tujuan membodek tuan punya Casa Arina atas alasan masa.hehehe.Takdela,saya cuma akan menulis dan meluahkan rasa hati yang benar-benar tulus lagi mulus sahaja, tiada unsur bodek membodek.

Kenapa saya SUKA baca Casa Arina? Walaupun tajuk karangan ini telah saya ubah dengan satu perkataan tambahan, saya harap tidak dikategorikan sebagai terkeluar daripada tajuk,ye.

Saya kurang memori siapakah yang menjodohkan saya dengan Casa Arina, tetapi saya memang selalu nampak nama KNV dalam blog-blog yang saya kunjungi. Namun demikian, saya tak pernah tertarik untuk menerjah ke villa yang diberi nama Casa Arina ini kerana saya tahu tuan rumah tersebut adalah sangat vogue, tinggal di Birmingham lagi tu. Maka saya rasa saya tak layak bertemankan si empunya blog yang vogue kerana saya ni selekeh lagi tak bergaya. Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Saya terketuk pintu rumah yang tersergam indah, kerana saya ditunjuk arah oleh satu entri keibubapaan di mana tuan rumah telah memaparkan semula coretan Abu Saif. Tulus ikhlas dari hati, saya agak terkejut kerana ada entri sebegitu di dalam Casa Arina. Rupa-rupanya telahan saya selama ini meleset, menyimpang malah salah sama sekali. Oh, maafkan saya wahai kakak yang mesra disapa dengan nama KNV. Kunjungan pertama menyebabkan saya sentiasa datang bertandang, tetapi sebagai tetamu yang mengintai-intai saja, tidak berani lagi menyapa tuan rumah. Lama-kelamaan saya sudah semakin berani merasa makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, siap ambil resepi dan cuba pulak di rumah. Tak cukup dengan itu, saya panjang-panjangkan resepi kepada kakak dan kawan-kawan saya yang lain. Saya memang suka dengan resepi M hasil air tangan beliau.

Apabila saya mula beramah-mesra dengan empunya rumah, saya diterima baik. Alhamdulillah. Bertambah lagi seorang kawan di dunia ini. Walaupun alam maya, tapi masih di dunia yang satu inikan? Sudah menjadi rutin pula saya ke Casa Arina setiap hari, kecuali hari-hari yang saya tiada sambungan internet ataupun terlalu dicemburui masa. Saya baca Casa Arina kerana empunyanya, seadanya dia,sama seperti coretannya, sebagaimana dia menerima saya seadanya saya. Kerana sepanjang hidup saya yang baru nak melepasi suku abad ini, jika kita terima seseorang itu seadanya, maka hubungan itu akan berkekalan insyaAllah.

Mykid dan Karate Kid

Selamat pagi..dan selamat menempuh minggu yang baru. Ni nak cerita kisah hari Jumaat lepas.Saya ke JPN. Sehari sebelum tu saya perasan kad-kad yang tersusun dalam purse macam ada yang kurang. Bila diteliti, rupanya Mykid Sofiy dah takde. Saya agak terkeluar daripada poket kad-kad tu dan tercicir. Ya, saya memang suka...

Kejamnya manusia

Mengapalah manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang waras tak boleh berfikir, dan tak berperikemanusiaan? Adakah manusia menganggap bahawa binatang tidak ada perasaan? Binatang tak ada rasakah? Rasa sakit, rasa sejuk, rasa panas, rasa sedih, rasa takut? Mungkin binatang tidak dikurniakan akal, tetapi binatang juga...

Kenangan indah waktu remaja

Teringat bait-bait lagu dalam filem Ali Setan...Mungkin tak semua orang bersetuju dengan klausa tersebut tapi rasanya raaamai yang angguk-angguk setuju.Saya meniti usia remaja sekitar tahun 2001-2004. Sekejap je kan? Lepas SPM, saya keluar dari kepompong negeri kelahiran. Saya berkenalan dengan teman-teman baru walaupun...

Sesekali bertemu

Ceritanya bukan pada hujung minggu lepas, tapi dua minggu lepas. Kami ke Pejabat RISDA, abang saya kahwinkan anaknya. Berjumpa dengan sanak-saudara yang dah lama tak bersua muka, alahai terasa diri dah semakin tua bila melihat wajah-wajah mereka juga semakin dimakan usia. Yang dulu kulit masih tegang lagi bergaya, sekarang...

Sofiy sekarang dah pandai menggunakan kuasa tangisannya pada umi. Dia tau umi lemah sikit dengan tangisan dia. Kadang-kadang umi tinggal dia atas katil, hilang je muka umi daripada pandangan dia, dia pun bunyi. Ingatkan dia dah nangis-nangis sambil turun katil nak ikut umi, rupanya dia dok elok je atas katil, dengan kepala terjengul tunggu umi masuk bila dengar suara nangis dia. Buat-buat nangis je, air mata pun takde. Kat bawah ni contohnya macam mana dia pura-pura nangis. Sofa dan katil yang tinggi lagi boleh turun, bakul ni tak reti pulak. Umi layan je...



Video diambil guna handphone je. Tak reti pulak nak tukar arah video ni.

Harga Senaskhah

Harganya tak sampai pun RM50 senaskhah. Tapi sangat berharga lantaran masa yang berharga yang dikorbankan deminya. Saya tak berniat nak menunjuk-nunjuk pun, sekadar nak tempek buat kenang-kenanga...

Sofiy taknak EBM

Baru je tulis entri beberapa minggu lepas tentang perjalanan menyusukan Sofiy..ni ada fasa baru pulak. Sofiy dah seminggu taknak minum EBM waktu dengan pengasuh. Pengasuh kata dia tutup mulut rapat-rapat, ataupun dia kancing gigi dia. Bagi guna botol susu tak mau, guna cawan lubang-lubang tupun takmau, guna cawan biasa...

Jom Semak Bahasa Melayu Kita

Baru-baru ni saya ada buat kerja sambilan bawah projek DBP, tugas saya menganalisis kesalahan bahasa dalam media penyiaran. Bila saya dapat borang analisis tu, dan diterangkan kesalahan-kesalahan yang dijangka dilakukan oleh pengamal media, saya agak terkejut. Bukan terkejut sebab pihak media buat kesalahan-kesalahan...

Alhamdulillah, dah lulus

Syukur yang tidak terhingga, akhirnya saya dah pun lulus pengajian. Banyak sungguh onak dan duri sepanjang belajar ni, ye la daripada saya kurus sekarang dah gemuk, daripada belum ada anak, sekarang dah jadi ibu.Alhamdulillah, syukur sekali lagi. Saya tahu saya bukanlah seorang pelajar yang bagus, yang bekerja keras sepanjang...

Hari ini 2 Jun 2010, pukul 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan, saya akan viva tesis sarjana setelah viva yang dijadualkan pada 19 Mei dulu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Walaupun dah tertunda, saya tetap rasa nervous...susah betul nak kawal perasaan dalaman ni kan. Apepun, saya lapar dan nak beli makanan dulu. Semoga semuanya selamat beserta kecemerlangan.

Kordial Habbatus Sauda

Saya baru je mencuba kordial ni, dan saya suka dengan rasa dan aromanya..sedaaap. Kalau minum masa cuaca panas tenga hari, memang rasa segar je. Bubuh sikit je kordial sebab memang dah manis, kemudian tuang air masak atau air sejuk peti ais tu. Satu tumbler sekali minum je. Kat ofis sekarang tak payah beli air dah. Sebelum...