Kenapa saya merungut begini? Tengoklah gambar di bawah.
Entah bila, ada orang letak perangkap monyet kat sini. Saya perasan petang Selasa masa saya balik dari KLCC dan lalu tepi tu. Saya nampak seekor monyet di dalam perangkap dan seekor lagi berlegar-legar di luar. Mungkin baru terperangkap masa tu, dan yang diluar tu cuba membantu yang di dalam. Monyet yang terperangkap tu kecil, entah yang diluar tu emaknya, bapaknya atau pun saudaranya. Kesian. Tapi masa tu saya cuma fikir mungkin pihak-pihak tertentu nak tangkap dan letak monyet-monyet ni di tempat yang lebih sesuai daripada mengganggu ketenteraman manusia di sini. Tapi tanggapan saya mula berubah jadi bengang bila hari Rabu petang saya tengok monyet tu masih terkurung di situ.
Kalau dah perangkap tu, selalu-selalulah datang jenguk. Ini tidak, dibiarkan je monyet tu terkurung dengan tak ada makanan, air, berhujan berpanas. Sekarangkan panas terik, apalah rasa monyet tu. Kesiannya...Saya takut nak pergi sendiri ke situ, jadi saya panggil kakak cleaner. Kakak tu bagi biskut pada monyet tu, laju dia makan tanda dia sangat lapar. Tapi macam mana nak bagi air, lubang-lubang dawai tu tak muat nak dimasukkan botol ke mangkuk ke.
Hari Khamis, kawan saya datang bagitau monyet tu dah termenung je. Dah tak agresif lagi. Saya ke kafe beli buah dan masukkan air dalam plastik dan ikat dengan getah, selitkan straw dengan harapan monyet tu pandai menyedut. Bila saya bagi buah-buah tu, lahap betul dia makan. Tapi air tu kami cuma dapat letak di luar dawai. Rupanya dia tak pandai sedut, tapi ditariknya straw langsung tercabut. Fikir-fikir, kami nampak ada kotak air kotak yang dah terkoyak separuh. Kami masukkan kotak tu dan tuang air ke dalamnya. Dapatlah dia minum sikit. Rasa nak menangis tau tengok keadaan monyet tu yang kelaparan dan kehausan. Bayangkanlah kalau kita yang terperangkap di situ. Kejam sungguhlah siapa yang pasang perangkap tapi tak jenguk tu.
Hari ni saya cadang nak belikan pisang. Kemudian saya nak adukan pada pejabat atau sekuriti. Kesian kalau cuti hujung minggu ni monyet tu kelaparan di situ.
1 comments:
memang kejamm..
sebak tgk gambar ngan baca cerita ni..
mmg elok buat aduan, kesian esok lusa takde sape nak bagi dia makan..
Post a Comment