Editor: kerjaya bosan

Ini sekadar pandangan pertama saya selepas pergi temuduga Jumaat lepas. Kalau ada sesiapa yang berpengalaman jadi editor dan rasa kenyataan saya tu salah, tolong betulkan ye.

Temuduga tu, macam yang saya pernah cakap...saya akan tolak sekalipun diterima bekerja di situ. Pertama, masalah pengangkutan. Saya boleh gerak dari rumah dengan suami, kemudian naik tren. Tapi daripada tren nak ke syarikat tu, takde pengangkutan awam selain teksi. Kopaklah kalau nak naik teksi tiap-tiap hari, yang caj kita sampai dekat sepuluh ringgit sekali lalu. Belum pergi balik lagi tu. Nak jalan kaki, tak terdaya kot, agak jauh jugak.

Kedua, masalah waktu bekerja. Kat situ biasanya ada OT sampai pukul 6 atau 7.Hari Sabtu memang kena kerja separuh hari. Saya ni bukanlah memilih dan nak kerja senang je, tapi komitmen terhadap keluarga terutamanya anak buat saya rasa susah nak terima kerja ni. Anak saya sekarang pun dah duduk lama dengan pengasuh, dari 7pagi sampai 7malam. Anak sayalah yang paling lama dok situ berbanding kawan-kawannya yang lain. Ada yang anak cikgu, separuh hari je la. Kalau ibu bapa kerja lain pun, dihantar ikut waktu pejabat 8-5.Jadi saya rasa amat tak patutlah kalau saya ambik lebih lewat lagi. Hari Sabtu, pengasuh memang cuti, ye lah mereka pun ada keluarga sendiri. Kalau saya nak juga kerja hari Sabtu, maka anak saya kenalah pindah ke nursery. Itulah yang paling saya tak tahan, dan rasa tak sampai hati nak tukar-tukar pengasuh ni. Sofiy sekarang tengah takut kat orang sangat-sangat sampaikan kalau orang yang tak kenal tegur diapun dia melalak, inikan pulak tempat baru, orang baru. Ish, tak dapat nak bayangkan.Lagipun pengasuh sekarang ni dah sayang sangat kat dia, dan jaga dia dengan baik. Anak-anak pengasuh pun rajin melayan dia main, kesian dia kalau hilang kawan.

Ketiga, suasana bekerja. Inilah yang saya maksudkan bosan tu. Masa saya sampai kat syarikat tu, saya agak pelik sebenarnya sebab lampu depan tutup. Pintu kunci. Saya fikir belum habis waktu lunch kot, sebab hari Jumaat. Tapi dah tepat pukul3, tak ada seorang pun yang masuk, saya rasa tak munasabah la. Saya pergi lagi ke pintu, tengok-tengok ada loceng kat tepi. Saya tekan loceng, barulah ada orang keluar dan bukakan pintu. Oh...penjimatan elektrik. Saya pun bagitau tujuan saya datang dan nak jumpa siapa, saya disuruh naik ke tingkat 2. Masuk dalam pejabat aras tu, sunyi dan sepi. Eh, takde orang ke. Jenguk-jenguk..oh ramai je. Ada seorang amoi yang melayan saya, dia bagi saya borang untuk diisi. Kemudian, saya diminta jumpa ketua editor. Sembang-sembang macam biasalah, sesi temuduga. Dalam sembang-sembang tu barulah saya tahu kenapa pejabat tu sunyi sangat. Rupa-rupanya memang peraturan di situ macam tu. Tak dibenarkan berbual ke, bertanya kawan ke. Buat kerja masing-masing saja. Saya perhatikan lagi..hmm..atas meja masing-masing cuma ada manuskrip dan kertas-kertas. Tak ada komputer. Penyuntingan dibuat atas manuskrip saja, segala pembetulan pada softcopy akan dibuat di jabatan lain.Oooooo...(panjang O di sini..dalam kepala fikir habis takde internet la ni, pc pun takde.hahaha)

Saya diberi satu ujian bertulis. Masa buat ujian tu, saya disuruh duduk di salah sebuah meja bersama-sama editor yang lain. Konon-konon nak feel suasana kerja la. Saya cubalah senyum kat orang depan dan orang sebelah. Senyum saya tak berbalas pun. Yang amoi pun sama, yang si gadis Melayu pun sama. Muka masing-masing nampak tension bebenor. Ada yang garu-garu kepala, ada yang dok belek-belek jari..adeii...guwe tak tahanla kalau macam ni..mati kebosanan la jawabnya. Kot tak sempat confirm saya dah cabit lari.

0 comments: