Sofiy taknak EBM

Baru je tulis entri beberapa minggu lepas tentang perjalanan menyusukan Sofiy..ni ada fasa baru pulak.

Sofiy dah seminggu taknak minum EBM waktu dengan pengasuh. Pengasuh kata dia tutup mulut rapat-rapat, ataupun dia kancing gigi dia. Bagi guna botol susu tak mau, guna cawan lubang-lubang tupun takmau, guna cawan biasa pun takmau. Bila balik je rumah, tak lepas-lepas kain umi sampai umi tak boleh nak buat kerja, merengek je dengan suara mendayu-dayu dan muka sedih dia. Last-last umi nenenkan Sofiy, ayahlah kena masuk dapur.hehehe. Dah la tu, kerap pulak nak nenen, qadha yang siang la kot. Sejam sekali atau setengah jam sekali mesti nak. Sampai rasa nak lukalah nipple. Tido pun rasa macam tak tido je dek kerap sangat bangun menyusukan anak. Sofiy qadha masa yang umi luangkan untuk tesis ye...habis je tesis terus jadi reverse cycle.

Siang, pengasuh kata dia cuma nak air masak je. Tapi makan memang selera, bagilah apa pun takkan tolak. Umi cuba juga bancuh EBM dengan milo, tupun dia minum sikit je. Bagi susu segar Dutch Lady yang dalam kotak tupun  dia takmau. Tadi umi dah call Kak Haza@Tumitu, LC yang sedang berpantang...borak-borak bagitau keadaan Sofiy. Lega sikit umi sebab Kak Haza cakap sebab Sofiy dah setahun, maka tak perlu risau. Gantikan nutrien dalam susu tu dengan makanan lain. Nampaknya umi kena bagi Sofiy makan sedap-sedaplah ni ye. Malam Sofiy mau menyusu direct, jadi dah cover balik la yang tak minum sebelah siangnya tu. Apapun, masih juga kena bagi setiap hari, supaya Sofiy tak lupa langsung minum susu. Kak Haza cakap biasanya keadaan ni tak berkekalan, tapi boleh mengambil masa seminggu, dua minggu atau sebulan.



Nota: Terima kasih Kak As @ UMMI RHsebab bagi no telefon. Cuba call Kak Paan dan Kak Sue tadi, diorang sibuk nampaknya, nak melancong ke mana lagi ye? Moga empayar perniagaan semakin luas, insyaAllah.

2 comments:

shecareshealth said...

Salam Kak Mai, sy shikin Ibu Ziqri(shecareshealth.blogspot.com---tak update pun).
ziqri pun skerg tgh reverse cycle..pening..so shikin dpt idea biler tgk sofiy campur EBM dengan cereal..start bln pose aritu shikin suh makcik ani masukkan cereal oat n biskut merie dengan ebm dia..tgh berkobar2 mengepam.tetiba reverse cycle daaaa..pening pening..harap ziqri n sofiy membesar sbg pembela agama..ameen....

Anonymous said...

Its my elementary time to enter on this forum,neutral wannat make some friends here.if its not allowed to post on this panel,gladden cross out this thread.Nice to adjoin you!

---------------------------------------------------------------
[url=http://www.sexybags.info/rssrock.html]My designer handabgs[/url]