Saya belum sedia nak kerja rupanya

Kenapa saya cakap begitu?

Sebab...saya rasa lega bila saya boleh memilih untuk menolak pekerjaan itu andai ditawarkan. Pelikkan? Orang berebut-rebut dan bersaing sesama sendiri nak dapat kerja, saya pulak belum ditawarkan dah terfikir untuk menolak tawaran.

Saya dipanggil temuduga esok. Jawatan editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku-buku sekolah, pemiliknya berbangsa Cina. Selepas dapat panggilan untuk hadir temuduga, saya mula tak senang duduk, kepala sarat dengan bermacam-macam kerisauan.Berbelah-bahagi, resah dan gelisah. Rasa berat hati. Ala..belum temuduga kenapa nak kecoh,kan? Macamlah dah tentu awak diterima. Ya, saya tau. Coursemate saya juga menjadi pesaing saya untuk jawatan tu. Dan dia ada pengalaman lebih daripada saya, malah dia tiada komitmen keluarga macam saya sebab dia single mingle lagi.Kalau hanya ada satu kekosongan, secara logiknya dia lebih layak...dan sebenarnya saya mendoakan dia yang diterima, bukan saya.Huh! Kalau taknak,kenapa mintak?

Masa mohon tu, saya rasa saya nak cepat dapat kerja, seiring dengan kawan-kawan yang lain. Saya risau kalau saya kehabisan duit poket nak buat belanja..hihi. Tapi bila dah dipanggil temuduga, saya rasa saya belum nak kerja lagi. Banyak lagi yang saya nak buat sebelum terikat dengan komitmen kerja, antaranya nak cuba resepi KNV, TTM, CIB yang ada BM baru, Hana di Jepang dan kawan-kawan lain.hehe. Saya nak qadha balik masa yang saya habiskan untuk buat tesis dulu, saya nak ajar Sofiy Alif Ba Ta, ABC, 123. Saya nak iron baju-baju suami sebab sejak kelahiran Sofiy abg sayang saya tu iron baju sendiri sampailah sekarang.Saya nak belajar memandu, ambik lesen. Patah kaki tau kalau semua harapkan suami je. Dan saya ada artikel yang belum siap ditulis(ni yg buat semakin serabut kepala otak).Aduhhhh.....

Akhirnya saya pun berbincang-bincang dengan suami, dan suami saya kata tak kisah kalau saya tak kerja lagi pun. Fuh...lega!!!Jadi esok saya akan pergi juga temuduga, untuk test market, eh, cari pengalaman.Ambik mood orang kata.hahaha.Lega rasanya hati nak pegi temuduga jawatan yang akan ditolak jika ditawarkan.(Tengok-tengok nanti ada yang terima pulak, haru!)

2 comments:

Rizza said...

tak salah mencuba.. try je pergi interview.. byk2 pun tak pe.. utk jadik pengalaman ...
hehhehe... akak dah tak larat dah nak pi interview semua tu.. dah rasa puas dulu2 hehe....
ade masa petang2 mai le lepak2 kat playground jalan 1/3, bangi.

Min Aina Ila Aina said...

Kak Rizza,

Tulah kak, baru faham apa rasa ibu2 bekerja yang nak jadi SAHM especially Kak Fid.Ni saya belum keje lagi ni, dah rasa nak dok umah.

Kak, ni saya nak ambik lesen ni, panjang sikit langkah nak melepak kedai kek akak.hehe.