Jom Semak Bahasa Melayu Kita


Baru-baru ni saya ada buat kerja sambilan bawah projek DBP, tugas saya menganalisis kesalahan bahasa dalam media penyiaran. Bila saya dapat borang analisis tu, dan diterangkan kesalahan-kesalahan yang dijangka dilakukan oleh pengamal media, saya agak terkejut. Bukan terkejut sebab pihak media buat kesalahan-kesalahan tu, tapi sebab saya pun banyak salah jugak rupanya. Baik dalam penulisan mahupun lisan. Rasa malu lah juga.

Kita tengok dulu apakah kesalahan-kesalahan yang mungkin kita lakukan tanpa sedar.

Lisan

Lafaz bunyi sebutan 'kh' sebagai k atau h.

Check sebutan masing-masing ye murid-murid...sila sebut:
KHIANAT
KHUATIR
BERKHIDMAT
MUTAKHIR
SURAT KHABAR
IKHTIAR
Cukuplah banyak tu, rasanya kita dah boleh kesan sama ada sebutan kita salah atau betul,kan?

Lafaz bunyi e-taling dan e-pepet

Ini memang saya keliru, sebab nak semak pun susah, Kamus Dewan takde transkripsi fonetik. Macam mana anda sebut perkataan-perkataan di bawah. Bunyi e (e)kor atau (e)mak.

PEKA
ERAT
MESTI
MODEN
EJEN
LABEL
Kalau ada cikgu-cikgu yang nak bantu membantu memecahkan kebuntuan ni, dipersilakan.

Lafaz pemenggalan suku kata

Rupa-rupanya kalau kita guna imbuhan, dan imbuhan tu kita tak serapkan bunyinya dengan huruf vokal pertama kata akar, maka salah. Oooo..baru saya tahu. Contoh pemenggalan seperti di bawah ni:

*Meng-am-bil sebenarnya Me-ngam-bil
*Ber-a-da sebenarnya Be-ra-da
*Per-in-dus-tri-an sebenarnya Pe-rin-dus-tri-an

Lafaz kata serapan asing mengikut sistem bunyi bahasa Melayu (sebagaimana dieja)

Kesalahan ni rata-rasa orang buat, saya sendiri mengaku rasa kekok sangat nak sebut sebagaimana dieja. Rasa macam skema nye. Tapi sebenarnya kalau kita sayangkan bahasa kita, kita tak boleh segan untuk berbahasa Melayu dengan betul, sepatutnya kita bangga. Jom kita check perkataan-perkataan berikut:

program (betul) *progrem(salah)
industri(betul) *indastri(salah)
dialog(betul) *dailog(salah)
stesen(betul) *stesyen(salah)
profil (betul) *profail(salah)
Malaysia(betul) *Malaysyie(salah)
nasional(betul) *nesyenel(salah)

Saya terpempan dan terkedu dengan dua perkataan akhir tu, yang selama ni saya salah menyebutnya sedangkan nama negara saya sendiri tu.

Oklah, nanti sambung lagi..sayangilah bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.




4 comments:

Mama Zharfan said...

salam ziarah..me jln2 cni..

Sally said...

emm saya rasa pembelajaran bahasa dulu lagi senang kot!..tgk budak skrg cm susah diorang nak bezakan untuk pronouncekan e-taling atau e-pepet tu..

Min Aina Ila Aina said...

Sally,
betul, betul. Saya rasa kewujudan e tanda tu kena ada balik, sebab banyak kata pinjaman sekarang ni.

Mama Zharfan,
Selamat datang, jangan serik untuk datang lagi ye.

Anonymous said...

Saye dan ande semue mameng harus belajer bahase maleyu dan kite mameng harus tehu bangse saletan ,
malaysiye
Wanite
Toale
Kerete
Raje
Bete
Kepale
Bahasa Melayu itu Salah sebab terut Lipaselatan