Menyayat Hati

Pagi tadi kawan saya datang dengan berita yang membuatkan dada saya rasa nak pecah. Ya, saya marah! Tak ada hati dan perasaan, lebih tepat lagi, zalim!

Ini kisah lanjutan daripada cerita saya tentang kezaliman manusia dalam entri minggu lepas. Hari Jumaat, monyet yang terperangkap dah bertambah jadi empat ekor. Di luar pulak banyak monyet berkeliaran, berkejar-kejaran entah main entah bergaduh saya tak pasti. Tapi kehadiran yang di luar tu menghalang saya memberi monyet yang terperangkap tu makanan atau air. Kesian. Saya berharap cuti hujung minggu akan ada orang yang datang mengambil monyet-monyet tersebut. Tapi apa yang terjadi? Cuba tengok, ada seekor monyet dah mati. Saya rasa monyet yang laing awal masuk perangkap, yang masuk hari Selasa tu. Kesiannya.



Gambar di bawah ni lebih jelas, tengok yang terbaring tu...



Saya tak tahan lagi! Saya call pihak yang berkenaan, kali ni terus, tak melalui pejabat am pun. Saya cakap seringkas yang boleh, kalau lama-lama cakap mau saya sumpah seranah mereka nanti. Kemudian saya ke library, tak sanggup nak tengok. Balik dari library, saya terserempak dengan seorang pensyarah. Dia cerita tentang kedatangan orang-orang yang perangkap monyet tu. Boleh mereka cakap monyet tu mati sebab bergaduh? Tengkorak dia! Monyet tu mati kelapara, kehausan. Lepas tu, dalam banyak-banyak monyet yang terperangkap tu, ada seekor ibu monyet yang ada anak kecil. Dia selalu dukung anak dia. Masa dah terperangkap pun, dia selalu peluk anak dia walaupun anak dia di luar kandang. Tadi masa diorang datang, anak monyet tu lari, dan diorang bawa emaknya. Katanya nak dicampak ke Sg. Tekala, hutan yang bukan dekat dari sini. Kesiannya...sedihnya saya. Apalah nasib anak monyet tu? Di mana dia nak menyusu? Macam mana dia nak makan? Dia dibuli tak dek monyet-monyet yang lain? Saya sedih sangat..sayu sangat. kejamnya manusia..

0 comments: