Teringat bait-bait lagu dalam filem Ali Setan...
Mungkin tak semua orang bersetuju dengan klausa tersebut tapi rasanya raaamai yang angguk-angguk setuju.
Saya meniti usia remaja sekitar tahun 2001-2004. Sekejap je kan? Lepas SPM, saya keluar dari kepompong negeri kelahiran. Saya berkenalan dengan teman-teman baru walaupun teman sesekolah saya sangat ramai di tempat saya belajar. Lokasi pusat pengajian yang berada dalam hiruk pikuk bandaraya membuatkan saya banyak belajar mengadaptasi suasana baru.Sahabat baik saya masa tu adalah teman sebilik saya. Nama panggilannya Meela walaupun pada awal perkenalan dia memperkenalkan diri sebagai Siti (ceh, konon nak introduce nama baru la tu kat tempat baru.hahaha).Kalau nak diceritakan kronologi perkenalan, persahabatan dan segala kenangan yang dilalui bersama, rasanya saya takkan berganjak dari komputer ni.Jadi saya cerita sikit saja daripada semua kenangan yang terakam di benak ni.
Dulu kami sangat suka outing. Ala, budak-budak hingusan bukan banyak duit pun, tapi nak jugak keluar. Agaknya rasa kolej tu macam penjara kot? Nak jugak sedut asap bas, lori kereta semua tu. Tempat yang selalu kami tuju, Seksyen 14, Kota Raya, KLCC, CM, Jalan Masjid India (pergi Mydin la tu..ada duit pecah je kan masing-masing) dan sesekali ke Mid Valley (jalan-jalan je sampai sesat dalam ribuan manusia, makan kat food court Mid Valley pun tak pernah).Mesti herankan, apa yang best sangat kat tempat-tempat tu kalau takde duit? Ha tu la..bila dah tua ni saya pun tak faham apa yang bestnya ye? Tapi memang best la..rasa seronok sangat walaupun sekadar window shopping saja.
Aktiviti sepanjang outing? Mengata orang.hahaha. Bukan mengata depan-depan. Kami memang suka tengok gelagat orang (tanpa sedar orang pun pandang semacam dengan gelagat kami yang kuk kik kuk kik gelak mcm la ada pertunjukan badut). Ada yang pelik dan mencuit hati, habislah kami gelakkan. Ish teruknya perangaikan. Lepas dah window shopping atau shopping kat Mydin (lama shopping sebab bandingkan harga nak barang yang paaling murah), kami akan makan kat mana-mana gerai.Orderla bihun tomyam ke, nasi goreng kampung ke. Masa tu KFC pun belum mampu masuk lagi. Dah kenyang, pergi cari masjid atau surau, solat dan melepaskan lelah serta sakit kaki berjalan. Mau tak sakit kaki, turun di CM, berjalan sampai ke Pertama. Pastu patah balik pulak.Dah malam, lepas Maghrib baru ingat nak balik. Jalan dah jammed, maklumlah hujung minggu. Masa dalam bas, dah letih, layan je la lagu yang diputarkan sambil cuci mata tengok bandaraya disimbahi lampu waktu malam.Biasanya kami akan sampai kat kolej sekitar 9 malam, tepat-tepat masa pagar ditutup.Sampai bilik, dah letih, tapi rasa puas hati dan seronok sangat.Senangnya nak menghiburkan hati masa remaja ye.
Semalam saya ke KLCC lagi, setelah 5 tahun rasanya tak menjejakkan kaki ke sana. Saya pergi pun sebab nak ke Maxis, sim kad ada masalah. Feeling-feeling la tempat lepak dulu-dulu. Dulu lepak kat taman tu sambil makan bun yang dibeli kat Cold Storage, nak makan kat dalam tak mampu,kan. Kenangan, kalaulah boleh diulang semula...
Meela...kami rindu kat hang!
0 comments:
Post a Comment