Selamat pagi..dan selamat menempuh minggu yang baru. Ni nak cerita kisah hari Jumaat lepas.
Saya ke JPN. Sehari sebelum tu saya perasan kad-kad yang tersusun dalam purse macam ada yang kurang. Bila diteliti, rupanya Mykid Sofiy dah takde. Saya agak terkeluar daripada poket kad-kad tu dan tercicir. Ya, saya memang suka berjalan pegang purse di tangan. Benda dah nak jadi, saya tak rasa saya salah, sebab keciciran tu bukan kecuaian saya. Jadi hari Jumaat pagi-pagi lagi saya dah ke JPN ditemani kawan-kawan saya Iza dan Ju. Mujur datang awal, tak la lama menunggu. Mykid tu akan siap dalam temph 2 bulan. Lamanya...bukannya ada gambar pun. Tapi takpela, mungkin Mykid tak sepenting Mykad kot. Surat beranak kan ada.
Selesai urusan di JPN, kami sarapan roti canai. Lama rasanya tak makan roti canai, macam tak cukup sekeping pulak. Tapi akhirnya nafsu berjaya dikawal.hihi. Perut dah diisi,tanya kawan-kawan apa rancangan mereka. Yelah, mereka dah temankan saya, maka saya kenalah offer diri pulak kalau mereka nak ke mana-mana. Akhirnya kami ke Pekan Kajang, kebetulan saya pun nak belikan buku untuk anak buah di Penang. Sebelum tu, kami ke surau dulu sebab saya perlu mengepam(Ada cerita sebenarnya di sini tapi nanti-nantilah saya ceritakan).Memandangkan poket masing-masing kering sebab sekarang ni jadi pemetik anggur, maka lebih banyak window shopping saja.Adalah beli sikit-sikit tupun dengan duit pecah je.hihi.
Dah puas window shopping, baru terperasan yang jam dah pukul 12.15. Nak balik, bas pun dah takde, rehat solat jumaatkan. Lama lagi kalau sekadar nak pusing-pusing je. Tiba-tiba Iza bagi cadangan, tengok movie. Karate Kid.Tengok jadual, orang dah masuk pukul 12 tadi. Kena tunggu pukul 2.30 pulak. Iza yang beria-ia sangat nak tengok cerita ni, siap nak belanja kami berdua lagi. Oklah, orang nak belanjakan, buat apa tolak? Jadi kami pun pergi makan dulu, kemudian solat dan beli jajan dan air sikit buat bekal dalam panggung.
orang yang belanja tiket wayang
makan dalam kuali?
Ok, nak komen tentang filem Karate Kid ni. Mula-mula ceritanya agak perlahan, Jackie Chan pun tak banyak babak. Yang pasti, bagus dia berlakon sebagai orang tua, sebab sampai saya rasa dia memang dah tua dan macam dah penat nak berkungfu. Kemudian bila cerita dah hangat sikit, makin syok pulak. Saya yang sebelum tu asyik mengunyah je, tak sedar dah berhenti mengunyah, bagi perhatian pada layar.Saya suka anak Will Smith tu berlakon, bahasa badan dia sangat berkesan, membuatkan kita lebih faham apa yang dirasai oleh watak.Untuk kungfu pulak, walaupun dia nampak bagus, tapi saya rasa kungfu tetap sesuai untuk orang Cina, macam juga silat, tetap cantik bila dipersembahkan oleh orang Melayu.Apapun, jalan cerita, gambar, bunyi semua tu saya puas hati. Cuma kalau Jackie Chan ada babak aksi juga, bertarung dengan Guru Li misalnya, mungkin lebih menarik.Saya bagi 5 bintang untuk cerita ni sebab berjaya membuatkan saya rasa nak belajar karate lepas ni.hahaha. Mungkin boleh pertimbangkan untuk hantar Sofiy masuk kelas mempertahankan diri bila dia besar sikit nanti.hehe.Pengaruh betul!
Akhir sekali, jangan gelak tengok aksi mak beranak satu ni...beraksi depan kamera je...bukan di gelanggang.
0 comments:
Post a Comment