Kenapa saya baca Casa Arina

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya agak terlewat mengetuk keyboard untuk tujuan membodek tuan punya Casa Arina atas alasan masa.hehehe.Takdela,saya cuma akan menulis dan meluahkan rasa hati yang benar-benar tulus lagi mulus sahaja, tiada unsur bodek membodek.

Kenapa saya SUKA baca Casa Arina? Walaupun tajuk karangan ini telah saya ubah dengan satu perkataan tambahan, saya harap tidak dikategorikan sebagai terkeluar daripada tajuk,ye.

Saya kurang memori siapakah yang menjodohkan saya dengan Casa Arina, tetapi saya memang selalu nampak nama KNV dalam blog-blog yang saya kunjungi. Namun demikian, saya tak pernah tertarik untuk menerjah ke villa yang diberi nama Casa Arina ini kerana saya tahu tuan rumah tersebut adalah sangat vogue, tinggal di Birmingham lagi tu. Maka saya rasa saya tak layak bertemankan si empunya blog yang vogue kerana saya ni selekeh lagi tak bergaya. Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Saya terketuk pintu rumah yang tersergam indah, kerana saya ditunjuk arah oleh satu entri keibubapaan di mana tuan rumah telah memaparkan semula coretan Abu Saif. Tulus ikhlas dari hati, saya agak terkejut kerana ada entri sebegitu di dalam Casa Arina. Rupa-rupanya telahan saya selama ini meleset, menyimpang malah salah sama sekali. Oh, maafkan saya wahai kakak yang mesra disapa dengan nama KNV. Kunjungan pertama menyebabkan saya sentiasa datang bertandang, tetapi sebagai tetamu yang mengintai-intai saja, tidak berani lagi menyapa tuan rumah. Lama-kelamaan saya sudah semakin berani merasa makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, siap ambil resepi dan cuba pulak di rumah. Tak cukup dengan itu, saya panjang-panjangkan resepi kepada kakak dan kawan-kawan saya yang lain. Saya memang suka dengan resepi M hasil air tangan beliau.

Apabila saya mula beramah-mesra dengan empunya rumah, saya diterima baik. Alhamdulillah. Bertambah lagi seorang kawan di dunia ini. Walaupun alam maya, tapi masih di dunia yang satu inikan? Sudah menjadi rutin pula saya ke Casa Arina setiap hari, kecuali hari-hari yang saya tiada sambungan internet ataupun terlalu dicemburui masa. Saya baca Casa Arina kerana empunyanya, seadanya dia,sama seperti coretannya, sebagaimana dia menerima saya seadanya saya. Kerana sepanjang hidup saya yang baru nak melepasi suku abad ini, jika kita terima seseorang itu seadanya, maka hubungan itu akan berkekalan insyaAllah.

3 comments:

m-i-o said...

auwwww. tetiba ai pulak yg terharu (padahal takde kena-mengena). kahkahkah!

errr. cam biasa ya, kalau menang kita share 50-50. (tetiba sukahati buat deal) kahkahkah!

knv said...

maia,
orang kata tak kenal maka tak cinta, gitu. :D

actually akak ni langsung tidak vogue! hanya perahsan sahaja tak lebih dari itu.

bukan apa, dulu cikgu cakap, kalau kita selalu sebut yang baik2 sahaja tentang diri, insyaallah diri akan cuba live-up to that expectation.

bukankah kata2 yang baik itu doa?

terima kasih for this honest oppinion. untuk orang atas yang asyik2 nak mintak hadiah 50-50 tu, sila abaikan. hahahhaha :P

thanks again, please keep reading me.

:D

Min Aina Ila Aina said...

m-i-o,
ok set, kalau kita (makna dua-dua) menang kongsi 50-50.hahaha.

KNV,
ye betul. jangan adili blog pada namanya.hehe.