Ala...kenapa semua pakat-pakat ngandung dan bersalin ni...aku ketinggalan nampaknya


Huhu..2-3 menjak ni asyik dapat berita kawan-kawan bersalin, mengandung, bersalin lagi dan mengandung lagi. Ada yang mengkhabarkan berita gembira dengan kelahiran anak kedua, sedangkan anak pertamanya pun muda daripada Sofiy. Ada yang mengandung kali kedua setelah kesedihan atas pemergian yang pertama, ada yang bertanya petua nak cepat melahirkan, ada yang bertanya tentang penyusuan, dan ada yang mengadu tentang morningsickness.

Bila dah dengar cerita-cerita macam ni mulalah rasa rindu nak hamil lagi, rindu nak bawak perit boyot, rindu sakit bersalin, rindu bau minyak angin masa dalam pantang, rindu nak berurut dan bertungku...dan yang paling rindu adalah bau baby yang waaaaangiii. Sampaikan saya pulak yang tak sabo menunggu kawan melahirkan anak dia, dapat jenguk baby dia pun jadilah kan? Baby sendiri yang kedua...buat masa ni masih under control. Sofiy pun belum habis menyusu lagi..alasan! Anak orang lain pun menyusu jugak tapi boleh je mengandung. Kan tanderm nursing boleh. Sebenarnya khuatir ketidakmampuan diri. Memang kita berharapkan yang molek-molek dan muluk-muluk saja. Nak sihat waktu mengandung, taknak kena darah tinggi, diabetis, nak anak yang sihat dalam kandungan, nak mudah bersalin, nak menyusukan anak sebaik bersalin, nak anak yang sihat, nak diri kita pun sihat sepanjang berpantang...tapi segala yang kita nak tu kalau dapat semua alhamdulillah. Kalau tak dapat semua, nak kena fikir dan berjuang untuk mengatasinya pulak. Itu yang saya risaukan.

 Sebagai seorang pelajar dan ibu kepada seorang anak lelaki yang manja dan semakin banyak ragam, saya risau...risau...risau tak berkemampuan menggalas tanggungjawab baru. Kata suami, at least tunggulah pengajian saya stabil dulu..bila dah nampak lorong yang terang cahayanya...dan cukup juga kemampuan kewangan dan fizikal barulah kita mencuba. Risau juga dengan masalah second infertility. Sekarang ni ramai juga yang lepas dapat anak pertama, susah nak dapat anak kedua walaupun mencuba. Saya harap tak kena begitu walaupun berehat lama selepas anak pertama.

Bukan taknak, memang nak sangat bagi adik kat Sofiy sebab dia  pun nampak bosan main sorang-sorang..tapi sabar ye sayang. Manja la puas-puas dulu sebelum menjadi abang. Saya berdoa, semoga perancangan kami ni diberkati Allah, dan sekiranya Allah telah tetapkan sekian sekian masa dan ketika untuk kami menimang cahayamata seterusnya, moga kala itu kami dah bersedia. Saya juga berharap tempoh waktu bertenang ini akan mematangkan kami dalam menjadi ibu bapa yang terbaik. Semoga apa-apa kelemahan dalam kehamilan dan kelahiran yang sebelum ini dapat diperbaiki. Mudah-mudahan.

Buat kawan-kawan (Aini, Yati, Kak Nida, Kak Ween, Aris, Krsty, MIO sekadar menyebut beberapa nama), yang dianugerahkan dengan cahayamata, itulah rezeki yang Allah dah janjikan terbaik buat anda.

2 comments:

m-i-o said...

APA? rindu sakit nak bersalin?!

hahahaha.

tak rindu langsung.

sekian terima kasih :P

Min Aina Ila Aina said...

Hahaha...sebab hang baru je rasa...ce tunggu 2 tahun lagi...mesti rindunye.