Saya rasa dah lama saya bersabar. Saya request buku tulisan Robyn Carston di library sejak bulan Feb sebab buku tu dalam pinjaman orang lain. Ok, walaupun saya sangat memerlukan buku tu, tapi dah memang ada sebuah je maka saya akan tunggu. Nak tunggu ke tarikh pemulangan tu punyalah lama saya rasa, sebab kena tunggu sampai awal Mac. Awal Mac, saya tengok status request saya masih pending. Saya ke library, dan difahamkan library tak boleh panggil peminjam tu walaupun dah tamat tempoh sebab baru lagi. Ok, saya tunggu. Dalam masa yang sama, saya tengok dah ada sorang lagi request di belakang saya. Maknanya 2 orang yang berderet nak pinjam buku tu.
Semalam, saya dah tak tahan. Saya tanya lagi di library dan kali ni memang saya nak tau siapa orang tu. Librarian pun dah tak rahsiakan lagi. Ala..bukan orang jauh pun. Kampung di Johor je. Tinggal di kolej universiti je. Walaupun saya tak kenal budaknya, tapi saya pernah dengar namanya. Budak postgrad juga. Saya tau, takkan orang cos lain pulak yang pinjam buku tu, mesti cos kami jugak. Librarian telefon, dia tak angkat. Librarian hantar emel taktaulah bila dia nak respon. Saya pulak kena buat ILL, kalau ada buku tu di perpustakaan dekat-dekat bolehla pinjam. Itupun kalau tak ada orang pinjam. Nak beli boleh, tapi harganya bukanlah seratus...tapi 300++.
Tolonglah wahai si peminjam, saya tak mau hubungi anda sendiri walaupun saya rasa boleh cari no telefon anda. Buku tu dah bukan hak anda lagi tau, saya pun bayar yuran juga. Saya perlukan buku tu sekarang. Orang yang request di belakang saya pun nak pinjam juga. Sem ni dah nak habis pun. Tolonglah jangan buat harta sendiri.
0 comments:
Post a Comment