Keinginan untuk cantik VS Kesungguhan untuk cantik

Saya bercakap tentang diri saya. Walaupun saya perempuan tapi bila tengok orang perempuan lawa-lawa lagi-lagi yang anak dara bergetah tu...sukanya saya tengok. Wah...saya ada masalahkah? keh keh keh. Takdela, suka tengok sebab diorang cantik, ayu, anggun, berseri, tambah-tambah yang air mukanya lembuuuuut je sesuai pulak dengan bahasa badannya yang lemah lembut juga. Ni saya yang perempuan ye, macam mana la kalau lelaki yang tengok. Patutla kita disuruh menundukkan pandangan dan menutup aurat.

Okeh, berbalik kepada cerita saya. Dari kecik, seingat saya la..saya selalu rasa rendah diri sebab saya berkulit gelap. Di mata saya, putih tu cantik. Agaknya di mata ramai orang lain pun kan? Kalau tak takde la produk pemutih kulit. Nampak sangat dasar apartheid masih ada dan wujud juga di negara ini. Model-model kosmetik pun rata-rata berkulit putih gebu jarang yang berkulit gelap dijadikan model. Ada tu ada, tapi tak dapat menyaingi yang berkulit putih atau dimekap sampai jadi putih.hehe. Ish, balik cerita pasal orang lagi.

Sambung pasal saya berkulit gelap, kadang-kadang saya dok tengok muka di cermin saya akan tanya mak saya, "Mak, Wa cantik tak?" Sebenarnya saya nakkan keyakinan daripada mak. Malangnya mak saya pun jawab ala-ala 50-50 gitu. "Lawa aih," tapi dok senyum-senyum senget. Agaknya terfikir yang anak dia dah anak dara sunti, dah mula nak jadi cantik. kih kih.

Itu cerita masa saya sekolah rendah. Masa sekolah menengah, saya dah tak kisah dah pasal cantik ke tak, slim ke tak....dengan nasi kawah dan masa makan 6x sehari..tembunnya saya masa tu. Pipi macam pau. Kalau dapat berjemur time sukan laaaagi saya suka. Saja nak biar muka berbelang (kena sunburn tu). Mujur la saya tak terpilih masuk kawad Hari Kebangsaan kalau tak agaknya memang nampak mata putih dengan gigi je la.

Masuk U, pun saya masih dengan sikap yang sama. Tapi saya dapat roomate yang saaaaangat suka tengok cermin. Masa saya kenal dia, masing-masing baru mendaftar. Dia agak chubby masa tu, akibat pengambilan ubat atas penyakit yang dideritainya. Tapi dia comel walaupun chubby. Dia la yang dok paksa saya pakai dan tepek-tepek di muka. Masa tulah baru kenal lip-balm, lip-gloss, kenal moisturizer, perfume, bedak kompak, kenal lulur, kenal lotion badan, tau pulak pakai mandian susu yang ala-ala Cleopatra, kemudian hujung minggu buat wap muka la, pupur muka dengan putih telur, dengan susu tepung. hihi. Kelakar pulak bila diingat-ingat semula. Sebelum tu saya cuma tau guna sabun badan (of course la) tapi yang jenis sabun ketul tu, kemudian cuci muka, pakai deodoran dan bedak debu cap J&J. Saya jugak dah pandai jogging hujung-hujung minggu, dah pandai baca majalah Mingguan Wanita, Rapi, tudung pun dah belit-belit ala-ala Wardina.

Kemudian berkawan dengan Dwi, saya tau lebih banyak. Kalau sebelum tu saya guna minyak wangi non-alkohol yang RM5 tu, lepas kenal Dwi saya dah mula pakai minyak wangi Avon. Kemudian saya tengok Zura kawan Dwi pulak habiskan duit ratus-ratus beli minyak wangi, yang sampel nya dia bagi saya. Ok, merasa juga pakai minyak wangi mahal.hehe. Kemudian Dwi ajar saya mekap-mekap. Jenuh juga saya nak terima sebab saya rasa pelik dan tak selesa bila tepek-tepek benda asing di muka ni. Hasilnya dengan terkial-kial saya dah pandai pakai maskara sendiri, pandai juga dah berlipstik, masa tu dah pandai pilih warna yang sesuai dengan kulit, pandai juga berblusher bereyeliner dan bereyeshadow. Wakaka. Tapi nipis-nipis je la.

Akhirnya bila saya sambung belajar lagi, kena keluar rumah subuh sepi'ie, dok di kampus sepanjang hari, akhirnya saya tinggalkan semua tu. Pagi-pagi cukupla dengan bedak saja di muka. Deodoran, dan sembur perfume RM5 jenama Safi. Tula dalam banyak-banyak mencuba selama ni, baik yang murah baik yang mahal..akhirnya koleksi minyak wangi banyak-banyak tu saya bagi orang je. Saya rasa tak serasi. Sudahnya saya guna minyak wangi Safi Mentari juga yang warna kuning tu. Baunya buat saya rasa segar dan saya tak rasa bau saya jadi tengik bila dah berpeluh. Suami pun dah kenal bau tu sebagai bau saya. Saya ada beli juga set pencuci muka sampaila alas bedak yang harga ok la untuk student macam saya...tapi, beli je lebih pakainya celam celup kata orang Perak. Banyak lagi tak pakai daripada pakai especially alas bedak tu. Yang konsisten cuma pencuci muka dan toner je. Lipstik, saya beli yang Kak Sity punya...tupun saya pakai time ada meeting ke, ada presentation ke, nak keluar jalan-jalan ke. Kalau setakat nak datang kampus saya pakai lip-balm seba med tanpa warna saja. Itupun kadang-kadang tak payah.

K, bab-bab penjagaan badan pun sama juga. Lulur ada dalam bilik air tapi jarang-jarang sangat berpeluang bertapa dalam bilik kecik tu, si anak dah memanggil atau menangis di luar. Saya pun ada juga batu yang gosok kat kaki dan lotion kaki dan kuku...tapi bila dah terasa teruk sangat kaki baru nak terhegeh-hegeh. Hai...la. Keinginan nak cantik tu ada, tapi kesungguhan tu payahla...kerajinan tu tak konsisten. Suami saya dah tengok diri saya sejak zaman saya baru kenal benda alah kecantikan ni, agaknya apalah pandangan dia pada saya ye. Zaman turun naik saya dalam menjaga kecantikan. Memang nak sebenarnya maintain cantik untuk suami..tapi tula..keinginan je tanpa ada kesungguhan.

Macam mana pula rutin anda menjaga kecantikan. Adakah anda obses dengan kecantikan?

5 comments:

.........cP~ said...

salam.. haha.. naluri wanita.. saya ni digelar kawan2 dalam kategori "lambat dewasa". baru akhir2 ni kawan cakap *** dah jadi perempuan sekarang..
naluri tu baru timbul sebab pergaulan. tapi, so far tak la terpengaruh sangat. just biasa2 je.

knv said...

obses jugak. tapinya malas muahahahahh!

Min Aina Ila Aina said...

cP: Betul..pergaulan tu memang mempengaruhi macam cerita saya kat atas ni la. Bila dah takde sape pengaruh, kembali kepada yang asal la.

knv: Saya obses tengok orang cantik je...sendiri malas. Malam ni nak cantik2 la...hahahahaa...ops.

m-i-o said...

errrr. sy tak tau apasal sy tak obses langsung. adakah sy perempuan yg tak normal?!

sy macam jenis tak kesah. but of course mesti kemas, bersih dan presentable.

Min Aina Ila Aina said...

Takpe OCD tu je dah buat awak istimewa:-)