Friday, April 15, 2011

Kencing Tak Lawas, Peranakan Jatuh?

Hai, malu juga nak tulis tentang penyakit ni. Tapi saya rasa saya macam dah kena penyakit ni la, walaupun kondisinya tidak teruk. Saya mula kerap kencing malam sejak mengandungkan Sofiy. Sejak tu, boleh dikatakan tiap-tiap malam saya akan terjaga dari tidur kerana nak terkencing. Kadang-kadang lebih daripada sekali. Saya fikir sebab saya minum banyak air untuk tujuan penyusuan, jadi keraplah kencing. Tapi saya rasa lain macam pulak kerapnya tu, sampai sekarang ni ha. Bukan tu saja, saya juga ada rasa ngilu-ngilu dan rasa macam tak puas kencing gitu. Rasa macam ada je air kencing bertakung dalam pundi kencing.
Keadaan bertambah tak elok bila saya diserang demam dan batuk yang kuat sejak awal tahun ini. Demam yang sekejap kebah sekejap datang, batuk kuat yang berlarutan menjadikan saya mengaku yang saya kena 'beser' ni. Pernah juga bila batuk, terkucil. Bila demam saya gandakan minum air masak, lagi banyak saya minum lagi keraplah ke tandas. Dah tu, jenis tak dapat nak tahan-tahan kalau tahan juga risau tercicir. Kadang-kadang berlari-lari ke tandas. Cumanya buat masa ni alhamdulillah penyakit ni tak sampai mengganggu solat saya. Saya ikut petua oleh Dato' Dr. Fadhillah Kamsah, bagi orang perempuan kaedah batuk-batuk kecil selepas buang air kecil bukanlah cara yang terbaik untuk toskan air kencing. Yang sebaiknya, selepas buang air kecil, tekan perut di bahagian bawah pusat dengan jari. Tekan agak-agak 5-10 saat insyaAllah baki air kencing akan keluar.



Walau apapun, saya tetap nak ikhtiar agar penyakit ni tak berlarutan dan melarat. Saya dah ada Ural yang dibekalkan oleh doktor, tapi saya lebih berminat dengan rawatan tradisional. Antara petua yang saya biasa dengar adalah minum air rebusan barli, minum air basuhan beras yang terakhir, makan lobak cina dan sengkuang, minum air rebusan misai kucing dan macam-macam lagi. Setakat ni saya pilih untuk minum air barli dan teh misai kucing dulu. Lobak tu ok juga boleh dibuat sayur. Kakak saya cadangkan pakai pantiliner jenama Poise katanya kakak ipar dia guna alhamdulillah nampak kesannya. Selain tu, saya juga ada terjumpa doa untuk penyakit ini dalam buku tulisan Dato' Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dato' Dr. Haron Din yang bertajuk Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Saya Google nak cari doanya dalam bahasa Arab, tapi takde pulak jadi tak dapat nak tempek di sini.



Hmm..ada lagi tekaan yang agak menakutkan. Saya mengalami masalah peranakan jatuh ke, hingga menyebabkan kencing tidak lawas, rasa ngilu dan juga sakit belakang? Nak kena bersengkak? Saya pernah buat bersengkak ni 2 kali. Sekali sebelum mengandung dulu, saya rasa macam nilah juga...rasa ngilu-ngilu dan kencing tak lawas. Bila jumpa tukang urut tu, dia kata memang dah jatuh pun, dan macam dah lama jatuh. Lepas sengkak tu rasa lega je, dan tak lama kemudian saya mengandungkan Sofiy. Kali kedua masa berurut lepas bersalin. Yang ni dengan bidan lain. Perlu ke saya berurut lagi ye. Memang plan nak berurut tu ada, tapi nak urut seluruh badan je tak pulak teringat tentang peranakan ni. Tapi boleh juga minta tukang urut tu rasa-rasakan? Kalau betul jatuh minta dia naikkan ke tempat yang betul. Kena amalkan senaman Kegel ni, dulu-dulu rajin buat pastu lama tinggal dah tak jadi tabiat dah.



Apa nasihat dan pendapat kawan-kawan?


Update terbaru Mei 2013 KLIK SINI

16 comments:

SM@A said...

Salam

Saya pun mengalami masalah yang sama. Ada pengamal perubatan Islam kata peranakan saya jatuh sikit. Malam-malam ada gak bangun untuk buang air. Nak conceive pun susah macam tu. Dia rekomen saya untuk urut sengkak. Tengah cari orang yang sesuai.

ida khairani said...

Rajinnya cari cara tradisional..bagus2x.. usaha la tak rugi pun..

Saya Alhamdulillah dah baik. Saya amalkan alfalfa dr shaklee. Mula xnak amik sebab alfalfa ni milk booster, susu dah sedia banyak tp bila tahu ia baik untuk angin, try la juga

tengok2, keputihan dan kencing tak lawas pun baik. Alhamdulillah.


Shaklee2u

Min Aina Ila Aina said...

SM@A: tinggal area mana? Kalau dekat-dekat sini boleh kita share bidan:-)

Ida: Iye, alfalfa pun boleh jadi penawar kencing tak lawas ni ye. Saya ada je alfalfa dalam simpanan...dah tak mengepam ni culas dah makan. Balik nanti nak makanla. Tk kongsi info.

m-i-o said...

alamak. sy lagi takut. dah 2x beranak, tak pernah berurut, tak berbengkung, tak bertangas - serba-serbinya tidak.

ohhhh tidakkkkkkk.

panik, panik.

tapi tak ada masalah kencing. ada masalah kentut. terutamanya bila nak solat zuhur. apakah?! kengkadang tu time rukuk rakaat keempat tetiba pussssss. adoi. cobaannnnnn betol.

ada satu rancangan tanyalah ustazah tu cakap, lepas beranak memang ada sesetengah perempuan akan ada masalah ni - kencing, berak dan angin. dia kata kena rujuk kpd gynae terutamanya bila mendatangkan masalah utk beribadat. tp sy takutlah nk jumpa gynae. papsmear pun tak buat.

Min Aina Ila Aina said...

mio, dengar kata papsmear tupun boleh mengesan jika ada masalh dengan kedudukan rahim. Tapi saya pun segan nak pegi tayang2 ni.

SM@A said...

Salam Sis ...

Saya tinggal di Bandar Baru Bangi.
Insyaallah, hari ni saya akan berurut dengan makcik Nab, memang tukang urut tradisional lepas bersalin dsbnya. Kalau berminat just let me know ...

Anonymous said...

Salam SM@A...

Isteri saya mengalami masalah yg sama.. saya mencari tukang urut d BBB. Kalau dapat sis bg contact number makcik Nab.

Terima kasih

Min Aina Ila Aina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sy pon ada masalah ni. Mslhnye sy x pnh beranak lg. Tp br keguguran adalah dlm 3 minggu. Ni tgh menahan sakit. X ley tito. So search jumpe blog ni.. huhu.. mmg slalu minum barli. Tp ntah la. Mungkin kne minum byk lg.

fariana chew said...

saya mencari tukang urut di BBB.,Bole bgtahu no tel mcik Nab..terima kasih..

Min Aina Ila Aina said...

fariana, no tel makciknab minta daripada SM@A ye sebab dia yang berurut dengan makcik nab

Anonymous said...

Assalam. Sy byk pengalaman berurut ni. Bila pergi sengkak atau angkat peranakkan. Kalau bidan tu buat terasa sakit yg amat. Stop!! Spatutnya x sakit sangat. Anda sepatutnya rasa mcm ada benda naik or mcm ada belon naik shj. Berurut kena amal selalu ya kalau sayang badan...

Anonymous said...

Yeke klo urut sengkak tu klo sakit kne stop.tp ssh la nk cri bidan yg betul2 skg.hr tu sy de wt tp dekat seminggu sakit perut.bley suggest x mne2 bidan area klg?

Nurshida Zainudin said...
This comment has been removed by the author.
missed said...

Sy kerap kencing n rasa ngilu.. perlu ke saya pergi berurut tros or pergi jumpe doc dlu

Min Aina Ila Aina said...

Missed: Better pegi jumpa doc dan buat ujian air kencing. Biasa kalau ngilu tu ada jangkitan. Doc akan bagi Ural untuk diminum, antibiotik kalau perlu. Elok juga tingkatkan imun dengan Zinc Complex Shaklee atau Nutriferon Shaklee.

Boleh sms/wa saya untuk maklumat lanjut 012 3302067

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...