Berpisah jua...(bercerai susu)

Dok bertangguh je nak buat entri ni apesal entah. Hari ni hari ke-5 dah Muhammad Sofiy bercerai susu dengan umi. Jadi umi rasa dah boleh berkekalan insyaAllah. Mula pada hari Sabtu, 2 hari sebelum birthday dia yang kedua baru ni. Alhamdulillah sekali je umi jampi dia terus reject. Hehe..takde jampi apepun, cuma ambil petua daripada Kak HanaSeman dalam forum Ratuhati.

Pagi Sabtu tu, masih bf macam biasa. Sebelum ni pun takde kurangkan biar je macam biasa dan kadang-kadang lebih kerap. Tapi Sabtu tu kuatkan juga semangat nak ceraikan susu dengan dia. Masa bf selepas Subuh tu dah cakap pada dia "Ini last nenen ye Sofiy lepas ni takde dah, Sofiy dah besar dah dua tahun,". Kemudian lepas mandi, ambil segenggam asam jawa. Saya guna asam jawa biji tu je tak sempat nak beli yang ekstra adabi tu. Lembutkan sikit dengan air dan sapu pada B. Niatkan untuk berpisah susu dan niatkan agar anak tidak teringat-ingat akan B kita, dan lebihan daripada sapuan tu masukkan dalam tandas dan flush/ simbah.

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, dia dah ngantuk dan mintak nenen. Saya buat macam biasa, naik katil...baring dan sua kat dia tapi laju-laju jangan sampai dia sempat nampak apa-apa yang pelik. Masuk je mulut wooops! dan dan tu jugak dia keluarkan sambil ludah-ludah. hehe. Terus saya sorok dalam baju. Sebelum tu, dah bancuh siap-siap susu tepung dalam botol walaupun selama ni dia taknak hisap susu botol di rumah. Kemudian saya pun psiko la dia "Susu umi dah tak sedap ye, masamkan? Kalau camtu minum susu botol ni la sedaaap," Dia pun ambik dan minum sampai lena. Lega dan tersenyum la umi dia + rasa terharu dan kesian.

Petang pun macam tu, ada dia minta tapi bila saya ingatkan yang susu dah tak sedap, dia terus kata taknak siap geleng laju-laju lagi. Saya tanya jugak "Nak rasa ke, jom la?" "Nanak, nanak," hehe. Masa baring-baring gan dia tu, ada gak saya cuba selak..terus dia kata "tutup, tutup" kih kih. Kesian anak umi, kelakar pun ye jugak. Saya juga elakkan salin baju depan dia, nak elakkan dia teringat atau teringin.

Sebelah malam, agak mencabar emosi la. Umi rasa kesian la sangat-sangat kat dia sebab memang dia takkan dapat tido tanpa menyusu sebelum ni. Tiba-tiba je dah tak boleh, tentu dia rasa sedih dan kehilangan. Tapi saya kuatkan semangat sebab dia pun kena kuat semangat untuk menghadapi perpisahan ni. Sebelum tido tu memang saya sapu siap-siap asa jawa sebab tau anytime dia akan mintak tapi rupanya dia tak mintak pun. Jenuh juga uh eh uh eh tak dapat tido dan menahan sebak. Saya buat taktau je, cuma saya baring sebelah dia macam biasa menyusu tu, cium dan belai-belai dia macam biasa. Cuma tak menyusu je. Bagi susu botol dia taknak. Lama-lama tido juga akhirnya. Tengah malam, dia bangun mintak, agaknya lupa kot pasal susu tak sedap tu. Saya ingatkan dia yang susu dah tak sedap lepas tu saya tanya nak juga ke? Dia kata taknak. Saya pujuk minum air masak, alhamdulillah dia nak.

Hari-hari seterusnya makin senang. Dah tak mintak langsung dah, cuma waktu nak tido je la perasaan sayu tu terasa. Dia rela baring gitu je tunggu mata ngantuk, dia taknak susu botol. Tapi mudah pulak dia lena, agaknya sebab mind set dia memang dah takde agenda menyusu, yang ada cuma agenda nak tido. Sampai malam tadi, nak tido cuma ulitkan dia dengan zikir, bacakan Al-Qur'an, tepuk-tepuk dan peluk-peluk terus dia lena. Tengah malam pun dah tak jaga dah.

Walaupun mudah, tapi sebenarnya dalamannya tak mudah. Saya cekalkan hati sebab dah sampai masanya. Tapi kadang-kadang datang perasaan dan pertanyaan dalam diri sendiri. Kenapa nak berhentikan sekarang sedangkan tak haram pun kalau lebih 2 tahun. Kena pulak dengar anak-anak orang lain pun belum berhenti lagi. Memandangkan saya dah janji dengan diri sendiri dan dengan suami nak susukan sampai 2 tahun, jadi biarlah cukup 2 tahun. Kena buang perasaan bersalah yang datang sesekali tu. Rasa kehilangan sebenarnya, tapi mujurlah semenjak bercerai susu ni dia jadi makin manja. Nak berkepit je dengan umi. Kalau dulu dia tak suka dipeluk-peluk ni. Masa menyusu pun dia taknak dipeluk. Mungkin sekarang dia rasa pelukan tulah menggantikan feel menyusu tu. Suka la umi...hehe. Lagi satu, ada satu perasaan macam nak gembirakan dia dengan benda lain contohnya makanan yang dia suka, mainan yang dia suka, sebab rasa macam sesuatu yang berharga kita dah ambil daripada dia, jadi rasa nak kena gembirakan dia sentiasa. Aduhai beratnya perasaan seorang ibu ni ye. Sampai suami saya kata, bila saya cakap kesian kat Sofiy "Dia ok je," Hmm..ayah apalah yang dia tahu kan, mana pernah dia alami perasaan itu.

Semalam saya kena bengkak susu setelah 4 hari tak menyusukan. Kembalilah pada petua lama, letak kelopak kobis. Berdenyut-denyut dan berat sangat rasa. Mana taknya susu saya rasanya banyak lagi sebab masa Sofiy nenen masih lagi terasa let down. Kakak saya pun bekalkan dengan sepotong doa untuk meredakan sakit, alhamdulillah bangun pagi tadi dah ok. Mujur tak perlu berkobis sampai ke tempat kerja hari ni.wakakakaka.

Alhamdulillah, selesai sudah satu tanggungjawab dengan izin Allah kami berjaya sempurnakan sampai 2 tahun. Dan dengan izin Allah juga senang pulak nak ceraikan susu. Sepanjang menyusukan Sofiy, takdela sangat cabaran yang teruk-teruk. Susu tak pernah sampai tak cukup stok. stok tak pernah rosak, tak pernah kena mastitis atau jangkitan, cuma pernah Sofiy reject EBM dan ada juga reject menyusu beberapa kali. Ada yang sebab dia taknak puting silikon, dan yang lain-lain tu sebab ulser di tekak. Kemudian naik umur setahun dia reject EBM dan nak direct feeding saja. Tapi saya tetap juga mengepam sebab EBM dia tu buat sarapan, makan dengan roti, biskut, nestum, corn flakes dll. Pam susu spectra memang dah lama jual, pam Avent manual pun dah masuk kotak dalam stor. Ice pack yang masih elok je simpan tupun dah keluarkan dari fridge. EBM dia yang last saya bagi masa birthday dia baru ni, tupun yang bulan Februari punya. Nanti ada masa nak simpan botol-botol pulak masuk kotak. Rasa macam nak buang pun ada sebab dah lama juga jangka hayat botol tu walaupun BPA free. Tapi takpela, simpan dulu sampaila ada gantinya. Kita tak dapat jangka masa depan,kan. Walaupun kita berdoa sentiasa dicukupkan dengan rezeki mana tau ujian Allah. Jadi biarlah dulu dalam simpanan.


4 comments:

Fara said...

alhamdulilah..selesai sudah nyusukan anak 2 tahun..tahniah..ku juga begitu..anak dh 2 tahun dan mmg niat nk stopkan BF dia tp x cukup kuat bila tgk filzah nangis2 mtk nenen..
MAIA..nak mtk izin utk n3 nie di publish kat n3 fara blh x??fara jga dh follow u..

Min Aina Ila Aina said...

Alhamdulillah, Allah mudahkan. Mudah-mudahan Fara juga diberikan kekuatan dan kemudahan. Kalau tak dapat berhenti drastik, buat slow2. Mungkin anak perempuan bondingnya lagi kuat dengan ibu berbanding anak lelaki. Cubalah cakap pada dia tiap-tiap hari, dia faham sebenarnya. Cakap masa dia baru-baru lena pun ok.

Boleh je kalau fara nak letak di blog fara dan terima kasih sebab sudi follow:-)

Anonymous said...

Salam blh x nak mintak doa yg sis bgtau tentang bengkak susu. Sy dah masuk hr ke 8 cerai susu ngan anak. Tp masih terasa ada ketul2 kat B.

Min Aina Ila Aina said...

Anon,
Bismillahi bismillahi bismillahi
A'uuzu bi'izzatillaahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa uhaaziru

Makna:
Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.