Hujung minggu lepas sebelum balik kampung, saya hantar draf pertama proposal kepada penyelia saya yang kini berada di Korea bercuti sabatikal. Jadi, lepas hantar dan cuti balik kampung pun diluluskan mem, maka dapatlah saya balik kampung dengan senang hati. Sebenarnya dah banyak kali sangat Prof saya ni suruh ambik cuti rehat, sebabnya kan saya selalu sakit akhir-akhir ni. Tapi saya rasa segan nak cuti selalu. Kalau demam teruk sangat barulah saya cuti sehari, kalau rasa boleh tahan datang juga kerja telan je la panadol.
Ok, lepas bercuti 4 hari di kampung dan pulun durian tak ingat dunia, balik semula ke sini dan masuk kerja minggu ni dengan debaran. Prof dah siap semak ke belum draf tu?hehe. Isnin petang saya terima emel daripada Prof. Sebagaimana yang dijangka, takkanla sekali tulis dan bagus kan? Adalah pembetulan di sana sini.
Prof cadangkan pengolahan yang berbeza untuk persoalan kajian supaya saya boleh masukkan lebih banyak kosa ilmu. Selain tu, kepentingan kajian Prof suruh buat dalam bentuk poin dan poin tu dihuraikan. Lagi, data dan contoh teori yang diterapkan perlu dimasukkan (sebenarnya sengaja je tak buh data dan penerapan teori tu sebab belum khatam dan hadam lagi.hehe.) Akan diusahakan dalam masa terdekat untuk memahami teori dengan sebaiknya. Lagi apa ye? Hmmm..secara keseluruhannya 50% daripada proposal tersebut diterima. Apa pandangan anda, 50% tu kira bagus ke untuk draf permulaan, atau teruk ke? Saya rasa macam ok la tu tak kena reject terus atau melencong salah landasan. Tapi ada kakak senior kata, kalau 50% je maknanya terukla tu. Apapun, saya nak ngadap teori dan data pula lepas ni.
Nota: Banyak membazir masa minggu ni melayan kerenah hormon yang tidak menentu. Mujur kawan baik sudah menunjukkan rupa, harap-harap minggu depan dah stabil semula. Jangan membuang masa Mai, PhD tak boleh buat last minute macam degree dulu ye!
0 comments:
Post a Comment