Siapa tau cara nak halau anjing? Segera!

Kehidupan saya di sini sangat tidak tenteram disebabkan gangguan anjing yang berleluasa,d an perkara ni dah lama pun jadi. Pernah saya sendiri dikejar, ceritanya di sini. Laporan pun dah berkali-kali dibuat, sampai ke Majlis Perbandaran pun saya dah laporkan. Reda sekejap, tak lama lepas tu datang balik binatang ni dengan gerombolannya. Sampaikan saya kemana-mana pun bawak payung, dah macam ceti pulak dah.

Minggu lepas ada satu pagi tu, pagi Jumaat tak silap saya. Alhamdulillah Allah selamatkan saya, saya baca Yaasin dulu pagi tu sebelum keluar beli sarapan pagi. Tak jauh dari tangga ke kafe tu, saya dengar anjing menyalak-nyalak macam kejar orang...tak lama nampak mencicit tiga orang staf lari turun tangga tu balik. Haii..kalaula saya keluar awal masa tu kan saya yang kena. Sorang-sorang pulak tu kan.

Tadi, saya baru je pegang kunci nak keluar bilik ni tiba-tiba dengar bunyi anjing dengan meriahnya. Dekat sangat bunyinya, macam kat tingkat atas ni je. Saya jenguk kat pintu, memang kuat sangat. Tup tup anjing-anjing tu berlari-lari sambil berbunyi-bunyi menghala ke saya. Rupanya kejar tupai, kesian tupai tu terjun tangga punyalah tinggi. Mujur juga ada pekerja kontrak yang sedang buat naiktaraf aircond kat sini, uncle Cina tu la yang halau. Saya pun tukarlah arah, tak jadi ke kafe atas, nak pegi ke kafe bawah. Tengok-tengok berderet-deret pulak depa menghala ke jalan yang saya nak lalu. Saya kira ada la 8 ekor, gemuk-gemuk pulak tu. Hadei...patah balik. Dengan senjata payung di tangan saya ke kafe. Beli makanan lebih sikit takut kalau-kalau nanti tersekat lagi dengan menatang ni. Ada lagi cerita pasal anjing ni blog ni Budak nipun menyumpah seranah kumpulan anjing yang sama saya rasa.

Ok, kalau memaki hamun makhluk Allah nipun tak kemana, sebab manusia sendiri yang taknak jaga kawasan ni elok-elok. Maka demi keselamatan diri sendiri saya rasa saya perlukan pelindung. Saya nak tanya, ada sapa-sapa tau anjing takut pada belerang tak? Yang saya tau belerang digunakan untuk menjauhkan binatang liar dan ular, contohnya bila kita masuk hutan belerang ditabur di sekeliling kawasan khemah. Rasanya anjing pun alah ke dengan bau belerang tu, dan di mana nak dapatkan belerang ye? Kedai hardware ada ke.

Kedua, saya penah dengar tentang wisel khas untuk anjing, Dog Whistle namanya. Bunyi wisel ni anjing dan binatang-binatang je boleh dengar, manusia tak boleh dengar sebab frekuensi pendengaran antara manusia dan haiwan tak sama. Wisel ni biasanya digunakan untuk melatih anjing. Saya rasa cara ni macam praktikal sikitla, senang saya gantung je kat leher. Tapi...saya kena tau cara penggunaannya, sebab manalah tau kang salah cara tiup anjing lagi datang minat kat saya pulak. Haru! Lagi satu, mana nak dapat, dan harganya? Harap-harap tak la mahal sangat. Sapa-sapa ada info bagitau ye, saya sangat tidak tenteram di sini.

Oh ye, sikit info tentang wisel anjing dari wikipedia:

A dog whistle (also known as silent whistle or Galton's whistle) is a type of whistle used in the training of dogs and cats. It was invented by Francis Galton. This is discussed quite briefly in his book Inquiries into Human Faculty and its Development (Galton 1883:27). In his discussion (Galton 1883:26-27) of his experiments to test the range of frequencies that could be heard by various animals, he notes that cats have the most all-round sensitive hearing, being able from a considerable distance to hear notes too high in frequency for humans to hear, and small dogs can also hear these notes, while large dogs cannot.
The frequency range of a dog whistle is largely out of the range of human hearing. Typically, a dog whistle is within the range of 16 to 22 kHz with only the frequencies below 20 kHz audible to the human ear. Some dog whistles have adjustable sliders for active control of the frequency produced.
Depending on the way the whistle is used, a trainer may simply gather a dog's attention or inflict pain for the purpose of behavior modification.
The name dog whistle is often used for both lung-powered whistles as well as electronic devices that emit ultrasonic sound via piezoelectric emitters. The electronic variety are sometimes coupled with bark detection circuits in an effort to curb barking behavior.
These kind of whistles are also used to determine the hearing range of people or for physics demonstrations.



13 comments:

m-i-o said...

errrr. sy ni dulu byk jugak pengalaman dengan anjing - kahkahkah! - sebab masa kerja dulu tinggal kat rumah yg company sediakan (dlm kawasan kampung cina) jadi memang byk gila la anjing ni, setiap kali jalan kaki pegi balik keje memang kena salak, diekori dan sebagainya. sekarang pun byk anjing jugak, sebab keje kat kilang cina, kan.

mak sy pesan suh baca surah tabbat yada. supaya anjing tu tak mengganggu kita.

anyway, anjing ni senses dia kuat tau. dia bleh 'hidu' klo kita takut. kahkahkah! jadi sila beranikan diri. tapi sy nasihatkan klo anjing tu datang dalam kumpulan, toksah dekat2 la sebab diorang ni bila ramai jadik samseng wooo. klo setakat sekor dua tu, kita ignore je jalan macam biasa tunjuk kita macho, tapi jgn jln laju2 macam pencuri kang dia kejar kang.

haaa, sy nak cerita satu kisah kelakar. ada sekali tu kan, sy dah intai takde anjing tau - pastu tetiba bila sy berpaling ke belakang ada satu ekor anjing ni ikut sy. sy punyela terperanjat smpai terlompat - anjing tu pun terperanjat sama ikut melompat gak - kahkahkah! lawak gile. ini menunjukkan bahawa anjing pun penakut gak - kahkahkah!

yea, belerang ada jual kat kedai hardware. utk halau ular memang betul, tp halau anjing sy tak tau.

m-i-o said...

lagi satu kan, sy hantar 'gelombang minda' kat anjing2 tu. kahkahkah! bila lintas aje kat tempat anjing, sy akan kata dalam kepala sy -

"woi hanjing! sapa berani dekat dengan aku, aku belasah sampai korang mati"

(sambil bygkan aksi membelasah anjing2 tersebut)

kahkahkah! biasanya diorang tak kacau la. paling2 pun diorang salak sket sebab nk ngetest tahap keberanian kita :P

.........cP~ said...

salam...cakap kat anjing tu..sit!! goodboy...ehehe..saya pun xtau..jumpa anjing pun dah berderau je...no comment - dah komen pun..

Normaliza said...

cuba amalkan surah yasin ayat 9. bila part 'sadda', niatkan sgb pendinding. dalam ayat tu ada 2 kali perkataan 'sadda'. dapat ni kat rancangan tanyalah ustaz jumaat lepas.

Dulu saya selalu gak kena kejar anjing. stesyen komuter dekat dgn kuil hindu. banyak betul anjing2 dok berkeliaran..huhu

tu yang beranikan diri gi keje bawa keta ayah sebab tak nak kena kejar anjing lagi..

Min Aina Ila Aina said...

Oo..rupanya ramai yang anjing minat di kalangan blogger ni ye.hihi.

MIO: masa kes pertama saya kena kejar tu takdak perasaan takut pun sebab taktau dia ada kat situ, tapi dah deme dlm kumpulan samseng, deme belagakla. Pulak tu cam pulak bau saya, wp saya jauh dia dah usha dah, org yg dekat dia tak heran pun.

Hang boleh buat lawak dengan anjing ye, nasib baik anjing tu tak sakit jantung dan cakap "opocot lomah jantung den!"

Tabbat yada...huhu..sempat takbir sambil lompat tinggi2 tupun mujur dah.

cP: Tu yg nak beli wisel tu, baru boleh cakap camtu...kalau rajin nak samak boleh tepuk2 bahu dia lagi.hihi.

Liza: Thanks atas pendindingnya..Saya ni lama lagi nak dok kat sini, dah memang di sini le makmalnya. Tapi mungkin leh buat alasan pnteng kerja kot?cit...niat tak baik tu lagi anjing suka.hehe.

hamidah hannani ahmad said...

salam sis,mohon add saya di fb dan jadilah orang pertama join group saya mothers go back to school....saya baru terima offer letter petang tadi dan esok nak laminate kenangan ini...

Anonymous said...

Dapatkan dog whistle tu di pet shop ikano d area ikea... Sebatang whistle tu berharga rm 10... Juga ada dijual spray utk menjauhkan anjing drp kita... Spraykan di kawasan masuk dan keluar dr rumah kita... Try laaa. Insyallah...



Zan

Anonymous said...

simple.kalau anjing ikut dari belakang just tumbok hidong dia..kompem mampus..dan secara tidak langsung mengurangkan anjing d malaysia

Unknown said...

Kasut,selipar aku asyik hilang sebelah je. Anjing bawak lari

wani..wawa... said...

hilang sebelah takpe... ni hbis digigit anaknye..balik kerja.. tngok selipar pakai ari2 abis kena makan dgn dia... jahat betul anjing ni.. yg x tahan nak keluar umah pun takut.. sbb anjing besar bagi anak dia berehat di koridor umah kita.. bila halau kejap je, lepastu dia dtg balik..mak bapak n anak2 dia.. garang pulak tu... jadi fobia n pening dgn anjing2 ni

wani..wawa... said...

hilang sebelah takpe... ni hbis digigit anaknye..balik kerja.. tngok selipar pakai ari2 abis kena makan dgn dia... jahat betul anjing ni.. yg x tahan nak keluar umah pun takut.. sbb anjing besar bagi anak dia berehat di koridor umah kita.. bila halau kejap je, lepastu dia dtg balik..mak bapak n anak2 dia.. garang pulak tu... jadi fobia n pening dgn anjing2 ni

Unknown said...

Surah Al-Kahfi ayat 10- 26
Tempik sekuat hati perkataan 'QITHMIR' bermaksud nama seekor anjing y dikisahkan didalam cerita Ashabul Kahfi berkenaan 7 pemuda y tertidur didalam gua selama 309 thn bersama seekor anjing dan anjing itulah y bernama 'QITHMIR'. Anjing itu sungguh taat pada tuan nya ia tidak berganjak menjaga gua selama tuannya tidur selama 309thn dima ketaatan anjing itu ia mati mereput dan dikabarkan juga satu2 nya anjing y diangkat masuk syurga...SEKIAN

Unknown said...

jangan mengarut la kau, ajar benda tak sahih pula, mana bole seru makhluk yg dah takda, seru yg ghaib hanya boleh seru Allah taala..