Hidup Berjadual

Hidup yang dikawal ketat oleh jadual bukanlah satu bentuk kehidupan yang saya suka. Apabila sebut tentang jadual, apa yang terlintas di fikiran anda? Kalau saya, sebut je jadual saya akan terbayangkan jadual waktu seharian dalam bentuk penanda buku yang dapat percuma bila beli kasut sekolah sebelum mula sesi persekolahan baru setiap tahun.hihi. Saya rasa macam robot je kalau kena ikut semuanya macam dalam jadual. Kalau jadual untuk belajar saja, ok lagi. Tapi kalau dari celik mata sampaila tutup mata (tidur maksud saya, bukan mati) kena patuh pada jadual, huh! Cukuplah dengan rutin yang tidak berjadual itu pun dah melelahkan. Pada fahaman saya, rutin bermakna perkara yang menjadi kebiasaan kita, tetapi tak bermakna perlu dipatuhi. Rutin terjadi secara semulajadi tetapi jadual ditetapkan, tidak boleh berlebih kurang.

Ok, kenapa pulak saya membebel pasal hidup berjadual ni. Asalnya perkara ni timbul bila saya rasa nak susun semula hidup saya. Susun di sini melibatkan pelbagai aspek. Saya perasan banyak benda saya tak konsisten dalam kehidupan ni, selalu miss. Contohnya saya cadang nak amalkan solat dhuha setiap hari, tapi akhirnya dapat beberapa kali je. Saya juga cadang nak pakai bedak sejuk sebelum tidur tiap-tiap malam tapi selalunya tak sempat menempek bedak sejuk saya dah masuk alam mimpi. Bila saya nak pastikan yang saya buat semua benda walau macam mana pun keadaan saya, penat ke, tengah marah ke, tengah sedih ke. Tapi..bila nak disusun dah jadi macam jadual la pulak. Tu yang saya tak suka tu. Saya kira-kira macam banyak kategori jadual pulak tu kena buat, misalnya jadual makan supplement, jadual kerja rumah, jadual penjagaan badan dan muka, jadual makan pil perancang, jadual tulis dan baca blog,jadual masak lauk anak, jadual belajar tu toksah cakap la..tak terikut kalau dibuat pun.hehe.

Ada ke di antara anda yang aplikasikan hidup berjadual begini. Contohnya masa buat kerja rumah dari jam 7petang sampai 8.30 malam saja, lepas je 8.30 malam masa bersama anak-anak sampai pukul 10. Kemudian masa bersama suami pulak. Andai katalah kerja rumah tadi tak sempat siap sebelum 8.30, contohnya ada baju belum dilipat maka anda tak teruskan lipat, tunggu esok saja sebab masa bersama anak dah tiba. Dan mungkin di hari yang lain, kerja sekolah anak terlebih daripada biasa ataupun anak-anak bergaduh sampai lambat siapkan kerja rumah tu, maka anda tetap akan kata “Dah, masa untuk tidur sekarang,”. Huhu.

Hmm..apapun, terpulanglah pada diri masing-masing. Kalau rasa hidup berjadual ni akan buat hari-hari anda lebih tenang dan sistematik, bolehlah amalkan. Sedangkan Islam pun menekankan hidup berjadual ni dengan perintah solat. Untuk lakukan sesuatu tu ada tempoh masanya, kalau dah lebih masa maka untuk sesuatu yang lain pulak. Jadi, kita kenalah pandai bajet supaya tak terlajak waktu. Sama konsep masuk waktu solat, tak gitu? Hamm..bila dah tulis ni baru nampak konsep jadual di sini.Cuma kena pandailah susun jadual sendiri supaya mampu dipatuhi, tidak memberi tekanan, dan mungkin boleh buat jadual anjal.

Ok lah, saya nak buat jadual makan ni.kahkah. Jadual makan jugak yang diutamakan. Bukanlah, jadual makan supplement..maklumlah badan dah makin tua ni.

Nota: Dulu ke tandas pun saya boleh ikut jadual, sekarang dah tak boleh asyik nak ulang tandas je.

3 comments:

knv said...

akak tengok pada aktiviti la. benda2 macam belajar for kids, riadah semua tu memang nak kena buat jadual. kalau tak kang asik mengarut kot lain hahah.

Min Aina Ila Aina said...

Haa..betul tu, jadual ni sebenarnya menanam disiplinkan? Saya pernah tengok tau anak-anak pensyarah saya punya jadual.. siap ada person incharge lagi.Contohnya Acik punya ulangkaji minggu ni ketuanya Along, setiap subjek ada masa tertentu, ada catatan guna buku apa, sek agama ke sek kebangsaan, kemudian ada laporan pulak.Padat dan spesifik. Kalau saya la...tak lalu la macam tu.hihi.

knv said...

hahaha.. cakap pasal jadual ni, memang senang nak buat, tapi takut tak terikut. budak2 ok aje, takut makpak yang lebih M hahahahah!

bagus berjadual ni sebab nak ajar budak2 untuk bertanggungjawab. so that later in life depa biasa dengan routine yang perlu dan penting itu.