Alhamdulillah, dah lulus

Syukur yang tidak terhingga, akhirnya saya dah pun lulus pengajian. Banyak sungguh onak dan duri sepanjang belajar ni, ye la daripada saya kurus sekarang dah gemuk, daripada belum ada anak, sekarang dah jadi ibu.Alhamdulillah, syukur sekali lagi. Saya tahu saya bukanlah seorang pelajar yang bagus, yang bekerja keras sepanjang masa. Saya akui saya memang 'banyak main', terutamanya selepas kehadiran Sofiy. Saya banyak menghabiskan masa mencari maklumat tentang penyusuan, keibubapaan dan macam-macam lagi berkaitan anak-anak. Ibu barulah katakan. Mungkin nampak macam memberi alasan, namun belajar dengan komitmen sebagai wanita berumahtangga ni bukanlah suatu perkara yang mudah. Mujurlah anak saya baru seorang.

Apapun saya tak ralat, kerana dengan masa yang dihabiskan itulah saya berjaya menyusukan Sofiy sehingga ke saat ini. Di mana saya boleh dapatkan semangat untuk terus menyusukan, mengepam, menjaga bayi yang sakit, menjaga kesihatan diri kerana tugasan seorang pelajar adalah 24jam sehari 7hari seminggu? Internet. Alam maya ini telah lama menjadi sahabat karib saya. Terima kasih kepada insan-insan yang telah mewarnai hidup saya secara langsung mahupun secara tak langsung.

Wah, luahan perasaan nampaknya.

Nak cerita sikit tentang viva tadi. Saya membentangkan slide presentation selama 30 minit. Banyak betul slide saya. Sepatutnya 15 minit saja. Kena sindir dengan pengerusi majlis, macam bentang phd katanya. Masa membentang tu, saya ada rasa nervous sikitlah. Mana boleh tak nervous langsungkan. Ada jugalah terkehel lidah nak sebut perkataan-perkataan tertentu. Ayat pun rasanya balik-balik ulang yang tu juga. Saya perasan perkataan 'jadi' paling banyak saya sebut. Entah apa-apa.

Lepas tu, sesi soal jawab yang sangatlah saya geruni. Saya dapat pembaca, seorang pensyarah yang sangat teliti dan sukar dijangka pemikirannya. Banyak sungguh soalan, berderet-deret. Lebih daripada 10 kalau tak silap saya. Ada yang saya boleh jawab dengan baik (saya rasa ye, taktau apa orang lain rasa). Ada juga yang saya jawab mengelat sebab saya tak tau pun apa ke menatang yang dia tanya tu. Dia tanya kenapa saya guba Wordlist dan tak guna Stoplist? Wooo..masa tu otak saya ligat. Stoplist? Apa tu? Rasa nak tanya dia macam tu je. Tapi...kita kena fikir jalan menyelamatkan diri. Maka saya jawab saya dah berpuas hati dengan Wordlist dan Wordlist dah berupaya menjana data yang saya perlukan untuk kajian saya tu. Fuh! taktaulah jawapan macam tu diterima ke tidak. Jangan taktau, ada juga soalan maut yang buat kening saya berkerut seribu, tangan dah mula nak menggaru kepala yang tak gatal, dan jawapan yang keluar entah apa-apa. Senang cerita, tak dapat jawab soalanlah.

Apapun, saya rasa lega bila dengar kajian saya dipuji. Tapi bila tanya penyelia saya, dia kata awak tak dapat jawab tadi...cemerlang awak tu tak dapatlah yang paling cemerlang. Faham tak maknanya? Boleh teka apa gred saya?hahahaha.

Oklah, tutuplah cerita tesis dan viva. Kebetulan hari ni hari lahir penyelia saya. Jadi kami anak-anak didiknya pakat-pakat beli kek. Selamat Ulangtahun Kelahiran, Prof. Semoga panjang usia, diberkati dan dirahmati Allah selalu.

6 comments:

knv said...

alhamdulillah. nanti buleh la hantar pisang ke masjid.. :D

Rizza said...

alhamdullillah.. tahniah... bukan pisang je.. antar le pulut kuning kat akak ni hehhehe

Min Aina Ila Aina said...

KNV,

Saya ada google resepi bubur merah, saya bukan orang Jawa tapi diorang kata buat bubur merah tanda kesyukuran tu adat orang Jawa.

Kak Rizza,

Saya order kek akak kita makan sama-sama, aci macam tu.hii..

Nieza Ishak said...

Tahniahhhhhhh ... yeayyyyyyyy

Min Aina Ila Aina said...

Nieza,
Mekasihh...

Rizza said...

aci.. makan sama2... hehhe