Panggilan Abstrak SKIM XII 2011

Jemputan Menyertai Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Ke-12 (SKIM XII) 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Ke-12 (SKIM XII) anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Padjadjaran akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 29-30 November 2011

Tempat: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tema: Pemerkasaan Modal Insan: Ke Arah Kesejahteraan Serantau

Subtema:

Bahasa, Sastera dan Kuasa Wacana
Agama dan Cabaran Global
Media, Khalayak dan Demokrasi
Sains Kesihatan dan Persekitaran
Gender dan Pembangunan Insan
Psikologi, Pendidikan, Falsafah dan Peradaban
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Politik, Keamanan dan Konflik
Pembangunan Sumber Manusia
Kesejahteraan Individu, Masyarakat dan Serantau
Integrasi Budaya dan Perubahan Sosial
Hak Asasi Manusia dan Etika
Undang-undang, Etika dan Profesionalisme
Yuran pembentang dan peserta : RM250
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 15 Julai 2011

Dengan ini saya bagi pihak penganjur menjemput Y.Bhg. Prof./ Tuan/ Puan menyertai persidangan ini. Abstrak boleh dihantar kepada skimxiiukm2011@gmail.com. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web kami di http://www.ukm.my/skimxii.


Nota: Saya KENA menjadi pembentang seminar ini..huhu...Haiya, nak buat abstrak cemana kalau bendanya takde lagi. Sapa boleh bagi tips macam mana nak bikin paper conference sedangkan kita baru je mendaftar PhD? Kononnya daripada paper conference ni la akan digilap menjadi tesis. Saya tak pernah terlibat dengan proses begini, biasanya dah siap tesis baru publish dalam jurnal macam tu senang ringkaskan aje.

2 comments:

Nora said...

Cuba buat konsep paper... atau cadangan penyelidikan sebagai kertas kerja untuk conference tu... maknanya... penulisan lebih kepada latarbelakang masalah... dan penyelesaiannya ialah cadangan daripada penyelidik. Boleh juga keluarkan teoretikal framework kalau dah ada idea. Cadangan jek... kalau2 bleh pakai :)

Min Aina Ila Aina said...

Nora: terima kasih atas buat fikiran. Saya dah tanya pensyarah saya, katanya kalau untuk seminar di kalangan postgrad saja boleh bentangkan proposal. Tapi kalau untuk seminar umum macam ni kena ada juga aplikasi teori. Sekarang tengah keluarkan data.

Nak tanyala, katakanlah lepas saya dah hantar abstrak tu, paper saya berubah intinya. Takpe ke ye? Sebab tempoh hantar abstrak sampai ke hari seminar tu makan masa berbulan-bulan juga macam2 boleh jadi dalam tempoh tu.