Petua Menghilangkan Penat Setelah Seharian Bekerja

Saya pasti ramai yang dah tau kisah ni, tapi mungkin tidak kita jadikan amalan. Jadi selain pengmabilan makanan seimbang, senaman, makanan tambahan, air yang cukup dan segala keperluan jasadiah yang kita usahakan, apakata kita amalkan juga petua Rasulullah ini. Petua yang diberikan buat puteri dan menantu baginda, dan semestinya untuk sekalian ummatnya.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



4 comments:

suri solehah said...

salam kenal..terima kasih atas perkongsian yg berguna...

Min Aina Ila Aina said...

Suri: Selamat berkenalan suri, yang baik jadikan ikutan yang tak elok jadikan sempadan.

m-i-o said...

ehhhh betul la. semalam sy baca entry ni.

pastu terus baca bila teringat - sebab nk tunggu bila berbaring baru baca - alamatnya baru subhanallah walhamdulillah walailahaillahlahhu allahhu akhbar sekali, dah tertido. hahaha. nak habiskan bismillah 21x pun seksa deknon, memang asyik terlelap dulu!

cuma nak cakap, it works! :P bangun subuh rasa fresh, walaupun tido-bangun, tido-bangun sepanjang malam.

tq for this reminder. dulu selalu dengar cerita ni dari penceramah, tak tau apasal tak terpikir pulak nak amalkan sebelum ni.

Min Aina Ila Aina said...

MIO, alhamdulillah. Apa yang Rasulullah ajar tu memang bagus. Yang tulis entri nipun sama jugak, kalau nak tunggu baring entah berapa kali je boleh dapatnya.

Saya pun baca jugak masa tepuk anak tido, tak habis pun sampai kat Alhamdulillah je anak dah lena. Memang rasa kesannya, bangun pagi semalam siap berjongging, pastu rajin pulak rasa nak buat solat dhuha. Mudah-mudahan berterusan jadi amalan kita kan MIO. Kot tak jadi ambik bibik la nanti.ehehe.

Zikir ni kan patutnya diamalkan setiap kali lepas solat. Tapi berapa keratla orang yang buat, sempat berdoa lepas solat pun dah kira cukup baguslah tu.Sibuk memanjang kita ni.