Minat Drama Korea tapi Tak Minat Filem Korea

Rasa nak sembang yang santai-santai saja, pasal hiburanlah pulak. Siapa minat tengok drama Korea? Minat tak filem Korea? Saya baru perasan yang saya tak boleh nak jatuh suka pada filem Korea walaupun saya sangat suka tengok drama Korea. Saya memang kenal drama Korea dulu, kemudian baru filem Korea tapi bila tengok filem mereka saya rasa macam tak puas, dan saya tak boleh feel pun. Saya tengok komen di youtube bukan main lagi ada yang kata the best filem la, ada yang kata dia gelak tergolek-golek la, gelak sampai menangis la, sedih dengan ending ceritanya la...tapi bila saya tengok, "Biasa je". "Tang mana yang depa gelak tu..tak de yang kelakar pun". Akhirnya filem tu habis macam tu je dan saya cuma faham jalan cerita je la.

Mungkin la...mungkin tempoh masa filem yang singkat menyebabkan saya tak dapat nak feel. Kalau drama kan berpuluh-puluh episod, tidak-tidak pun 16 episod. Cerita yang panjang tu membuatkan saya kenal watak tu dengan lebih dekat. Jadi, saya sempatla nak suka ke nak benci ke pada watak tu. Kalau filem ni, saya rasa macam tak faham apa yang watak tu rasa, apa yang watak tu fikir. Agaknya kecenderungan saya minat drama berbanding filem ni sama la macam saya lebih layan novel berbanding cerpen. Cerpen yang plot ceritanya laju saya rasa tak best.

Selain tu, saya juga seorang penonton yang bukan saja bertumpu pada jalan cerita semata-mata. Saya suka perhatikan pemandangan, saya suka tengok cara mereka berpakaian, saya suka ambil tau tentang makanan, budaya dan perkara-perkara sampingan yang lain. Penah sembang pasal ni di sini. Bila saya menonton, saya akan cerna semua sekali. Contohnya: melalui drama saya faham yang masyarakat Korea ni ambil berat tentang sarapan pagi. Mereka biasanya makan nasi dan ada sup + lauk. Orang kaya ke, miskin ke, berkeluarga atau bujang akan masak sendiri (mungkin realititinya tak semua begitu la kan). Tapi diorang ni bab makan malam kurang ambil berat sebab bebanan kerja. Biasa saya tengok makan malam cukup dengan mi segera.

Bila dalam filem, segala aksesori dan perkara-perkara tidak penting ni tak ditonjolkan. Paling ketara bab pemandangan memang kurang. Biasanya berlegar sekitar lokasi rumah atau tempat kerja/institusi yang terlibat dengan watak. Tak sempat la nak tunjuk adegan pergi bercuti ke, suasana dalam parti ke, cara memasak makanan dan dialog-dialog sampingan yang kadang-kadang kita rasa tak penting untuk cerita tu, tapi sebenarnya memberikan kesan yang besar kepada penonton. Saya ambil contoh dalam drama My Girl...ingat tak adegan Gong Chan kena tipu dengan Yoo Rin pasal kepercayaan tahan nafas, lintas jalan, lampu menyala...kan nampak remeh je tu. Tapi kebanyakan penonton akan ingat babak tu walaupun cerita tu boleh je hidup tanpa babak tersebut. (Ke korang tak ingat? saya je kot yang ingat.wakakaka)

Eh, tapikan pandangan saya ni tak bermakna filem Korea tak bagus. Cuma tak kena dengan selera saya je la kot. Ada je kawan saya yang cuma layan filem Korea saja drama Korea dia tak layan langsung. Mungkin dia jenis tak suka plot yang perlahan, tak suka menunggu dan jenis suka nak tau ending. Jenis yang macam ni kalau dapat novel, tentu baca lompat-lompat part tak best takyah baca. Lagi satu, suka baca ending dulu kemudin baru mula dari depan. Ada jugak yang baca separuh jalan, tak tahan nak tau apa lastnya terus lompat kat ending. Dulu-dulu kalau kawan-kawan nak pinjam novel saya, saya mesti pesan "Jangan baca ending dulu,nanti tak thrill" hahaha. Suka-suka hati je saya mengarahkan orang macam mana cara nak baca. Ikut suka oranglah kan, saya pulak sibuk nak suruh dia feel sama macam mana saya rasa.hihi.

Saya ni menulis macamlah banyak sangat drama dan filem Korea yang saya dah tengok, padahal dok ulang cerita sama je bila boring. Ok, ni saya senaraikan beberapa drama dan filem yang saya dah tengok sejak mengenali industri filem dan drama Korea. Ada yang saya dah tengok ramai-ramai dengan kawan tapi saya tak ingat jadi saya tak letak.

Drama
My Girl*
Full House*
Autumn In My Heart
The Sweet Spy **
Sassy Girl
Princess Hours/Goong
Yuhee The Witch
My Fair Lady 2003
My Fair Lady 2009
Hello Miss*
Love Story In Harvard
Stearway to Heaven
Boys Over Flower

Filem
Innocent Step*
My Baby and I*
200 Pound Beauty
Spy Girl
She's on Duty

Kalau tengok senarai drama tu, drama yang famous banyak yang saya dah tengok rupanya.
* Untuk drama yang saya kategorikan sebagai best
**Untuk drama yang saya paling suka dan harap ada sequel, tak percaya tengok forum pasal drama ni.
Yang lain-lain tu pun tak mengecewakan..cuma untuk Yuhee The Witch dan Boys Over Flower tu so so je la.Stearway to heaven tak best, sebab asyik menangis je saya rimas.haha.

Ok, ada masa nanti saya buat review tentang drama-drama dan filem ni, walaupun banyaknya cerita lama-lama. Drama baru yang nak on air 2011 ni di Korea pun banyak tau. Boleh tengok sini. Taktau la bila akan masuk ke Korea. Berkenan dengan Lie To Me dan menunggu Peach Tree sebab saya suka Nam Sang Mi.

Nota: dah order lagi 3 siri drama, tengah tunggu delivery.hehe.Tapi selagi tak siap task yang sepatutnya tak dapat tengok tau Mai.

4 comments:

.........cP~ said...

salam.

baru punya drama dream high.. cuba la tengok..hee..

Min Aina Ila Aina said...

macam best ye, tengok review kat mysoju sampai mintak ada season 2...bakal masuk list ni.

Uchiha Madara said...

Sebab di dalam ni jarang Malaysia tak ada (romatik)cerite pun panjang-panjang tak tahu dialog dan kisah.. baik tengok cerite drama korea dan jepun jalan agat bagus.kat laman web MySoju.com lagi best.

Anonymous said...

minat sangat tengok drama my girl.. arghh.. rasa seakan-akan nak pergi sana.. feeling habis.. bila tengok drama2 korea.. bagaikan langit dengan bumi drama kita. bukan nak kritik.. tpi malaysia perlulah ada daya kreatif mcam diorang.. <3 sangat2 drama korea.. hahahaaha